BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 10 January 2011

Derma Organ Anyone?


Baru-baru ni kat opis ada buat kempen derma darah. Aku pernah volunteer nak derma darah dulu, tapi tak boleh atas sebab-sebab tertentu. Rasa kecewa jugak. Masa lalu kat meja pendaftaran tu aku ternampak brochure pasal derma organ.

Ni aku share apa yang tertulis kat brochure tu (aku copy sebijik-sebijik ye, sebab malas nak mengarang). Mungkin dapat memberi manfaat/ilmu pada orang lain yg membacanya:

Apakah itu pendermaan organ?
Merupakan proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk tujuan pemindahan organ (transplasi) selepas meninggal dunia.

Apakah itu Pendermaan Organ (transplasi)?
Merupakan satu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu daripada penderma yang telah meninggal dunia kepada penerima yang memerlukan.

Pemindahan organ ini boleh menyelamatkan nyawa penerima organ atau tisu dan mereka akan dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat

Bilakah organ dan tisu si penderma diperolehi?
Proses perolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma HANYA akan dilakukan apabila kematiannya telah disahkan oleh dua org doktor yang bertauliah. Doktor2 yang terlibat dengan pengesahan kematian seseorang penderma itu adalah bebas dan tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu.

Adakah rawatan akan diabaikan jika diketahui anda adalah seorang pengikrar penderma organ?
Tidak! Pengikrar penderma organ akan dirawat sebaik mungkin sebagaimana pesakit2 lain.

Apakah organ dan tisu yang boleh didermakan di Malaysia?

Organ
a) Jantung
b) Paru-paru
c) Hati
d) Buah pinggang
e) Pankreas

Tisu
a) Injap Jantung
b) Tulang
c) Kulit
d) Kornea

Adakah terdapat bantahan dari sudut agama?
Agama Islam mengharuskan pendermaan organ selepas meninggal dunia. Agama2 lain di dunia (Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh) menyokong pendermaan organ selepas meninggal dunia.

Bagaimanakah proses pemindahan organ dilakukan?
Proses pemindahan organ dan tisu melibatkan pembedahan yang bersih dan dijalankan di dewan bedah hospital oleh pakar bedah yg berpengalaman. Perolehan organ dan tisu ini tidak akan menjejaskan rupa dan bentuk tubuh badan penderma. Selepas organ dan tisu diperolehi, luka pembedahan akan dijahit dengan sempurna dan jenazah penderma tidak mengalami apa-apa kecacatan fizikal. Proses pembedahan ini dijalankan dengna penuh hormat dan tertib sebagaimana pembedahan biasa.

Apakah proses pendermaan organ akan melambatkan urusan pengkebumian?
Tidak! Urusan pengkebumian boleh dijalankan seperti biasa. Selepas organ dan tisu diperolehi dari tubuh penderma, jenazah akan dibersihkan, dikafankan dan diserah kepada waris penderma secepat mungkin.

Bagaimana untuk menjadi seorang penderma organ?
Anda perlu mengisi Borang Pendaftaran Pengikrar Penderma Organ. Borang yang telah dilengkapkan perlu dihantar kepada Pusat Sumber Transplan Nasional sementara Kad Pengikrar hendaklah disimpan dan dibawah bersama anda setiap masa

"ANDA DINASIHATKAN SUPAYA MEMAKLUMKAN KELUARGA ANDA MENGENAI HASRAT ANDA UNTUK MENJADI SEORANG PENDERMA ORGAN DAN TISU"

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi:
Pusat Sumber Transplan Nasional, HKL

Tel : 03-2615 6576/2694 2704
Toll free : 1-800-88-9080

Dah lama sebenarnya terfikir nak derma organ. Tapi lepas dah kawin ni kena bincang dengan encik Nazir dulu la nampaknya. Kalau tak diberitahu dari awal, esok kalau betul2 perlu dibedah untuk diambil organ2 yg aku setuju nak dermakan mungkin akan jadik konflik pulak kan? Better bincang dulu dengn family sebenarnya.

Tapi personally aku masih rasa ragu-ragu dan banyak lagi persoalan pasal derma organ ni. Sebab tu borang yang aku isi tu sampai sekarang masih tak hantar2 lagi.

Inilah borang yang aku isi halfway. Datenya pun 23-Dec.

Errr....boleh tak kita pilih siapa yg boleh terima organ kita tu? Tapi kalau difikir-fikir, jasad kita ni pun sebenarnya hak Allah yang dipinjamkan seketika untuk kita kat dunia ni. Siapa kita nak persoalkan siapa yg layak dan siapa yg tak layak untuk dapatkannya kan?!

Tepuk dada tanya selera. Aku ni dok tepuk dadaaaaa jek dari dulu, tapi tak tertanya2 lagi selera....huhuuuuu....

p/s : tapi jika kita bertanya kepada mereka yang tersangat2 perlukan organ tu, semestinya diaorang akan merayu sangat. Itu je peluang mereka untuk teruskan hidup. Waiting listnya sangatttt panjang!

7 comments:

maya amir said...

aah laa yatie..aku pun mcm ko./.tingin nak derma organ tapi family aku leh accept ke tak.. takut jadik isu plak nanti..*sigh*

Mummy Dasy said...

samalerrr kak, `teringin nak derma tp tkut mcm2 persoalan yg timbul even derma darah pun tak pernah takut :)

Jiey^Mien said...

penah terpikir dulu, tapi mak awal2 dah sound awal2..

Cinda... said...

dengo jek da menakutkan.. sebb penah tgk x cite thailand the eye.. pasal dia pakai kornea mata org bole tgk antu, dia pon bole tgk antu..
hhahahha..

sy lom terbuka ati nak menderma organ ni...

Queens said...

derma darah pun me takpernah kak.. mula2 x layak, pehtu bila dh layak mcm takut lak..

tapi me selalu derma DARA eheheheh

YatieJay said...

Maya,
Betul tu, maklumlah derma organ ni masih dikira subjek yg agak taboo di kalangan kita especially org melayu wlpn ulama kata ianya diharuskan. Kalau kita boleh, family kita mungkin takleh accept.

Mummy Dasy,
Kena bnykkan cari fakta2 supaya 'persoalan'2 tu tak timbul lagi...

Jiey,
Kalau dah kena sound awal2, memang takyah laaa kan?

YatieJay said...

Cinda,
Kau ni imaginasi tinggi sangat. Tulah, tengok lagi cerita2 mcm tu...hahaa....

Armouris,
Thanks for the info

Queen aka Tiara,
DARA?! Kau memanggggggggg...hahahaa....