BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 7 September 2010

Raya in the 80's

Mood raya sudah mariiii.... Tapi kemeriahan raya masa kecik2 dulu tak sama dengan bila kita dah dewasa kan? Teringat semula suasana raya masa aku membesar dulu.....sekitar tahun 80-an. Yes, I'm that old....huhuuu...

Antara kenangan pertama aku pergi beraya rumah ke rumah dlm tahun 86-87. Masa tu aku darjah 2-darjah 3. Since bapak aku adalah seorang navy...kami dok kat pangkalan TLDM kat Lumut, Perak. Sebelum tu kitaorg berpeluang dok Italy selama 5 tahun. Sadly, aku tak berapa ingat mcm mana sambutan raya kat sana. Sebab tu kenangan raya aku yg awal adalah masa dah balik Msia.

Masa tu, tersangatlah exited nak beraya ok! Dengan handbag selempang sorang satu (aku, adik pompuan aku dan sorang dua lagi anak jiran yg tak balik kampung jugak mcm kami) kami beraya dari rumah ke rumah tanpa segan silu. Bayangkan, satu block ada 10 tingkat, setiap tingkat ada 10 unit rumah (berapa block kami sempat pergi, tak ingat lak).

Kami mengetuk pintu dan bagi salam kat setiap unit tersebut....tak kira rumah tu penghuni Melayu, Cina, India, Kadazan mahupun Iban! Bagi kami, hari raya disambut semua org (see...kecik2 lagi aku dah tahu konsep 1Malaysia). Pernah sekali tu kami dapat duit raya dari aunty berbangsa India. Bagus betul aunty tu sebab nak melayan kami....walaupun tak dapat makan kuih raya. Masa tu tak terasa betul yg kami ni dah berjalan jauh. Banyak block gak kami dapat 'ukur'...hehee....kami berjalan tanpa rasa takut dan parents kami tak halang pun kami keluar beraya. Masa tu mana ada lagi kes2 culik kanak2 mcm sekarang, mana ada paedophile berkeliaran carik anak-anak gadis sunti...Memang selamatlah!

Menapak jauh dengan kasut baru bukan pengalaman yg indah kan? Yesss....kaki aku melecet, tapi perjalanan diteruskan jua. Collection makin lama makin berat. Walaupun penat tapi hati rasa happy sangat. Walaupun tak banyak (average dapat 20sen, paling mewah 50sen) tapi setiap pemberian kami terima dengan suka hati sekali! Budak-budak...they are very easy to get pleased [Kenapa dah besar ni banyak songeh pulak kan?] Nway, strategi kami adalah bergerak dlm kumpulan yg kecil. Kalau group tu besar, kemungkin utk dapat 10 sen saja atau tak dapat apa2 terus adalah sangat tinggi. Planning mesti bagus beb! Barulah collection masyuukkk....Hahaaa...

Agak2 dah petang, barulah terkedek2 balik rumah. Belum sempat mandi aku dan adik terus keluarkan hasil pendapatan hari tu. Penuh bersemangat mengira coins tu sambil kepala berfikir nak pergi block mana lak untuk hari raya ke-2. Kalau nak difikirkan, ramai sebenarnya yang balik kampung. Ada gak yang 'buat-buat' balik kampung.....dengar suara org dan tv tapi bila kami bagi salam dan ketuk pintu tiba2 lak suara tersebut ghaib. Hantu kot?!! Takpelah, mungkin dia takde duit kecik nak kasik kami agaknya...Dalam satu block kira2 seratus unit rumah, rasanya cuma 30% aje ada penghuni. Kiranya collection kami tak banyak sangat. Tapi yg penting adalah dapat melaram pakai baju baru, kasut baru dan yg pastinya ada handbag ok...cas dewasa la ni!

Itu cerita dulu2. Cerita kalau kami tak balik kampung kerana bapak tak dapat cuti demi bertugas kepada negara (Aku memang respect pada semua tentera, polis dan askar...bertugas demi negara). Zaman sekarang ni, bebudak mcm tak berapa nak keluar beraya kan? Contoh paling dekat adik bongsu aku tu (lahir tahun 1988). Aku tak rasa dia pernah keluar beraya dari rumah ke rumah mcm aku pernah rasa dulu. Mungkinkah sebab kami dok taman perumahan yg majoritynya chinese?

Sebenarnya, bila diingat kembali itu semua adalah kenangan manis yg takkan dapat dilupakan. Especially kalau kita dilayan dgn baik....walaupun makcik tu tak kenal pun mak bapak kita, apatah kita ni! So, since kita pun dah dewasa sekarang ni, it's our turn to 'give' back to the kids. Tak dapat bnyk, sikit pun jadik laaaa. Menggembirakan kanak2 dapat pahala tau! Mesti best kalau ada antara mereka akan 'ingat' kenangan manis beraya umah kita...ingat sampai diaorg dewasa. Mana tau 10-15 tahun akan datang dia akan tulis kat blog dia lak pasal kisah/kenangan dia beraya masa kecik2 di rumah kita dulu...heheee....

4 comments:

Jiey^Mien said...

Hehhehe.. Memang seronok kalau ingat-ingat balik..
=)
Sampai ke ceruk kampung masuk coz nak kutip duit raya..

"Selamat hari raya"

Elyn Sani said...

windu zaman main redah pi umah orang.... sonok nyerrr

btw selamat beraya!!!

YatieJay said...

Jiey Mien,
Jangankan ceruk kmpng, ceruk dunia pun nak pergi asalkan collection banyak...heheee...Selamat Hari Raya to you too.

Elyn,
Zaman dah jadik mak org ni pun boleh aje redah umah org. Tapi jangan lak buat perangai tak senonoh pintak duit raya mcm dulu..hihii.

Selamat Beraya!

Unknown said...

hye kak..tiba2 nak komen..
sejujurnya saya tak pernah ada pengalaman mcm akak ni. fmly kami tak pernah diajar / dibenarkan pergi beraya sndri2 cmni..
xtau kenapa, tp yg penting, tiap2 tahun kami pergi semua rumah saudara yg rapat & jiran2 (yg berkaitan la) bersama2 parents..nak ikutkan seminggu raya pun xhabis round rumah saudara. Cuma bila mak dah sakit, teruslah kurang aktiviti beraya. In return, mereka2 tu semua pulak dtg berkeluarga2 ke rumah kami.
parents kami pun tak berapa berkenan tgk budak2 skrg ni dtg beraya sndri, nmpk sgt nak duit je. nnti parents kite sound, lain kali dtg ngn parents korang, boleh kenal2.. ni anak sape dr mana pun kite tak kenal.. hihii.. tp duit bg gak ler.. xtaula ikhlas ke tak hih.. tp kan, rasanya kalo kite pegi beraya dgn parents, mmg lagi masyukkkk tau..
hihih slmat aro raya maaf zahir batin