World cup fever ni betul-betul menguji sikap sporting aku sebagai seorang isteri. Mana taknya, masa ni lah encik nazir kerap keluar waktu malam untuk lepak dgn kawan2 utk tengok world cup kat kedai mamak. Bukannya kat rumah takde astero...tapi tengok bola kat mamak lagi happening agaknya. Air yg mamak buat lebih sedap gamaknya. Ditambah lagi dengan suasana persekitaran dan penyokong2 pasukan lain duduk bersama2 tengok bola kat kedai yang sama.
Apa kelas kan dok rumah dengan anak dok bising-bising ulang alik naik basikal depan muka dia, wife lak sekadar pakai baju kelawar dok sebelah sambil lipat kain. Mulut bebel2 cerita pasal tension kat tempat kerja. Mana boleh concentrate, kan?
Kengkawan dia lak macam tau2 aje dia ada kat rumah. Masa tulah dan-dan sms "mamak jom!"...adoiiii...bikin bini yg baru nak rasa seronok sebab laki ada kat rumah panas ati aje!
Baru je bertekak dengan encik nazir last week pasal "pembahagian giliran" utk dok rumah atau tengok bola kat mamak (mcm giliran umah bini lain jek ye...hahaaa....). Balik kerja jumaat lepas encik nazir kata "lepas beli barang dapur ni, balik lepak2 tengok cd best gak kan ayang?". Waaahhhh...hati aku berbunga2 riang, sebab dah lama gila tak spend masa berdua je dengan dia [ya, dapat spend masa tengok tv berdua pun dah rasa best taw!]. Masa kat Econ.save, aku dah berangan dah nak buat air panas sambil makan biskut tengok cd....duduk pulak disamping suami terchenta! Waaahhh..heaven!!
Tapi, masa balik tu encik nazir parking depan rumah. Aku heran gak, kenapa tak nak masuk pagar terus. Bila aku tanya, jawapannya "Kawan abg ajak tengok bola kat mamak". APAAA??!!!?!! Jantung aku dah berdebar2 menahan marah. Tapi aku hanya mampu cakap "takpe, biar mungkir janji dengan bini. Jangan mungkir janji dengan kawan". Pastu aku amik barang dan dukung Naufal terus masuk dalam rumah...merajuk kononnya. Tapi hati memang dah pasrah encik nazir keluar jumpa kawan2nya.
Tapi bila dah masuk rumah, tengok2 dia reverse keta dan parking kat dalam. In the end, dia tengok bola sorang2 kat rumah aku lak tido awal dengan Naufal.
Keji betul lah aku ni...huhuuuu... Aku rasa sangat kesian dan bersalah kat encik nazir. Tapi rasa ego dan degil aku membuatkan aku buat deeekk aje kat laki yg tengah tengok bola sorang2 kat rumah hari tu. Malam tu jugak aku berjanji pada diri aku untuk jadi isteri yang sporting...hanya di musim world cup ini! Kalau encik nazir nak keluar tengok bola kat mamak aku benarkan je tanpa banyak soal. Kasik la muka sikit.....4 tahun sekali je...heheee....
Menuntut Ilmu Jalan Mudah Menuju Syurga
-
Dari Abu Hurairah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ
bersabda,
وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَه...
3 days ago
10 comments:
hihi.. cam terasa pon ada ni.. tapi bukan pasal bola.. pasal kugiran..
huhahahahha =)) cane nie..sampai skang keras tol kepala & ati tetap xnak bagi Akiem main kugiran kat umah x dia kwen tu.. huhuhu.. rasa bersalah tapi ati tetap ego.. hahaha..
benci bola, kalo jumpa bola tu nak toreh2 ngan pisau..hahahaha..
tapi kann. diaorg / lelaki ni mmg suka bola..sepanjang ms..dh hari2 bawa ball 2 bijik tuh..hehehe
anyway kak, ebckham tgk kat umah jer.. tgk kat laptop (psl astro dh potong channel sukan) sapa lagi kejam akak ke tiara?
salam yati, makan bola, tidur bola, segala2nya bola...bak kata awak, 4 tahun sekali...layankan ajelah..kan?
bola punye penangan beb...hahahah...
danial plak, "mama, boleh tak mlm ni kite tido lambat sket, esok danial janji akan bangun awal.." bola punye psl, bile bangun tido, aku baru panggil danial, die sudah tegak berdiri nak gi mandi hokayyyy?
hik hik..x bek tau kak ti..mas nilah dia nak gi kedai mamak tau..ha ha ha...
seb bek ct mmg minat tgok bola..siap beat ngn zam lagi pilih team mana..selalunyer mmg temankan dia tgok bola or saling sms bgtau saper yg golkan...kene lak , masa nilah dah x boleh tido lena(sbb dah mula x selesa nak tido), tu yg tgok bola...dia lglah, ada wife teman ngn anak dara dia pun tgok bola...
he he he.( tp ct rasa kalau zam ada mmber kt sini pun, dia cnfirm ilang gak)..hik hik.
tp part kak ti tido awal tu, x patut2...hik hik
nasib baik en hubby sy tak berapa minat bola..die klu dapat tgk ok, tk dpt tgk, die carik result or ulangan jekla..kekekekke
Cinda,
Bagi ajelah dia pergi....ckp dgn dia lepas ni no more dah. Pompuan tu pun dah kawen, apa lak kata laki dia nanti kan?
Tiara,
Wooooooiii..kejamnya kau Tiara! Tengok kat laptop aje...heheee...
Syahida,
Tu lah pasal, sib baik 4 thn sekali jek. Jgn lak pasni nak tengok ENglish EPL lak kat mamak...
Maya,
Danial memang good boy la maya...dia janji dan dia kotakan! Semangat kesukanan betul. Demam badminton hari tu dah reda ke? heheee..
Siti,
Baugsnya korang anak beranak tengok bola sama2. lepas ni dapat baby boy....lagi seronok la si zam kan?
Lily,
Wah...kapten reza tak suke tengok bola? Untung lily....(bagi akak laaa)
Post a Comment