BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 18 May 2010

Pengalaman Kehilangan Purse

Kejadian ni berlaku ahad lepas. Hubby kerja 7am-7pm. Aku teringin nak makan pasta dengan sos prego yg carbonara tu. Sekitar kul 1230pm aku dgn naufal keluar gi kedai dekat2 dengan rumah. Tah mcm mana masa nak turun kereta aku check2 purse tak jumpa. Aku tanya Naufal....Naufal lagilah blur! Puas aku geledah dlm kereta tak jumpa. Terpaksalah patah balik dan lalu semula jalan yg aku lalui sblm tu kot2 tercicir kat mana2 tapi hampa tak jumpa.

Kaki dah sejuk semacam...dada dah berdebar2. Tiba2 teringat kredit kad aku kat dalam tu. Cepat2 balik carik statement dan cari no utk laporkan kehilangan kad dan mintak terminate. Dalam masa yang sama aku dok korek2 tabung Naufal dan 'pinjam' RM20 utk buat beli pasta tu. Aku memang takde sesen pun masa tu....sadis kan? Call encik nazir dia lak ada problem kat kilang, tengah sibuk buat kerja.

Dalam aku dok kalut call kredit kad center dan encik nazir, si naufal lak boleh buat hal pi tekan central lock kat kereta. Kunci kereta kat dlm pulak tu....dahlah kaki dah sejuk sebab risau purse hilang, naufal lak buat hal mcm ni. Dia kat dalam kereta tu! Aku tengah online dengan org kredit kad! Celaru gila masa tu....huhuuuuu....Peluh sejuk dah mula mengalir. Aku dah tak leh rasa kaki masa tu...numb jek. Cepat2 aku endkan cakap kat phone dan pujuk Naufal bukak lock kereta. Si mamat kenit tu boleh pulak sengih mcm kerang busuk, lambai2 kat aku dan buat2 bawak kereta....Sabor je laaaaa!!! Nak nangis pun ada masa tu. Sib baik pastu dia pandai bukak balik.

Lepas dia bukak kereta tu aku terus drive kereta ke kedai. Ikutkan tekak aku dah hilang selera nak makan tapi naufal dok sibuk nak mamam....nak mamammmm....Lepas bagi dia makan aku tido kan dia. Dalam kepala dok fikir, esok nak kena pergi JPN (uruskan ic aku dan naufal), JPJ (uruskan lesen) dan Maybank (buat ATM kad yg baru). Kat opis lak tengah bnyk keja, I cannot afford to take leave..tapi nampaknya terpaksa. Takkan nak drive gi keja tanpa ic dan lesen pulak? Masa tu tak terfikir langsung pasal duit dlm purse tu, asyik dok fikirkan dokumen2 penting yg hilang aje. Oh ya, kat akaun bank tinggal RM2.52 aje....aku memang suka keluarkan semua duit. So, bolehlah bayangkan agak lumayan jugak kalau org yg jumpa purse aku tu sakau semua duit dlm tu....

Petang tu sekitar kul 4.30pm encik nazir call aku. Katanya ada org call dia ckp jumpa purse aku. Bila aku dengar, aku rasakan ia bagaikan satu miracle! Org yang jumpa tu tak jauh dari rumah aku jugak. Dia jumpa no hp encik nazir melalui kad tesco, terus dia call bagi tau. Aku pun tanpa melengahkan masa terus pergi jumpa org tu. Jujur betul India tu....sanggup bersusah call utk beritahu. Bila dia bagi purse ke tangan aku, aku dah rasa ringan semacam tapi takkan nak check depan dia kan? Lepas ckp terima kasih dua belas kali (iye...iyeee jek!), aku drive balik.

Check kat dalam purse...Alhamdulillah, semuanya ada - ic aku dan naufal, lesen, kredit kad dll yg penting. Duitnya?!?! What do you expect.....kat dunia ni susah nak carik org yg masih jujur dan amanah....semua duit dah lesap. Syiling pun disapu bersih..... But at least i got my ic and driving license back! Saved the hassle to take leave and settle benda2 remeh tapi penting tu...Perasaannya adalah sangat lega wlpn secara teknikalnya aku adalah pokai sekarang ni. I only got RM2.52 until end of this month. So, ada sesiapa nak derma kat aku? Heheee....

p/s : aku tak tuduh org yang pulangkan purse tu yg amik duit aku. Malah aku berterima kasih sgt kat dia. So....peringatan utk aku jugak, kalau terjumpa wallet/purse org lain, mari kita pulankgan pada yg empunya badan. Kita takkan tau berapa berharganya isi kat dalam tu padanya. Kalau tak tau mcm mana nak locate dia, serahkan kat balai polis aje. Ni benda basic yg kita belajar masa kat sekolah dulu....

7 comments:

~: Nour aka UmmiNor:~ said...

nasib baik dapat balik purse tu....takpe duit boleh dicari yg penting takyah spent masa kat pejabat2 tu semua utk buat yg baru kan?

Lily@MamaZaraZareef said...

rasenye org laen yg amik duit tu, then baru india tu jumpe wallet tu kot. kalau tk, takkan die berani call husbnd akak suruh amik wallet kan..agaknyelah..hehhehe

nway, yg penting kad2 yg penting tu slamat. mmg leceh kalau nk kena renew tu sume..pasal duit..terpaksa redha jekla kan.dh bukan rezeki..huhu

Aku Bukan Bidadari said...

Takper kak..duit yg hilang tu nanti .. tuhan akan balas balik ngan yg lebih berhaarga.. insyallah..

sib baik ic tak ilang..skrang ssh sgt nk apply ic baru tau

Cinda... said...

sadisnye cite nie.. aduh.. dapat bayangkn kalo dlm situasi akak..

anyway, tabahkn ati..seb baik dapat balik kad2 yg penting tu.. save masa & anuual leave..

minta derma kat hubby arr ape agi.. huhuhu..

Syahida said...

satu tragedi tapi Alhamdulillah, dokumen2 penting semua selamat..duit? insyAllah boleh dicari...be more careful next time ya!

maya amir said...

ya ampun beb..aku baru bukak blog..mase ko ckp gelabah carik tu, aku teringat lps blk hospital, mase amek result airell H1N1 tu, aku misplaced letak purse.. aku mmg berpikiran sama.. abislaa ct card, abislaa nak buat IC, lesen..tapi udahnye purse aku atas meja (ntah bile mase aku letak atas tu) tapi giler weiii, bila hilang dokumen, the hassle nak buat itu ini yg buat kite bengang kan? sabar ye yatie.. insya Allah ade rezeki lain tu..thnks God, dokumen penting dpt balik.. btw, ko tak cite mcm mane leh tercicir kat tempat tu?

YatieJay said...

Uminor,
Ha'ah...betul tu, leceh urusan2 kat pejabat kerajaan ni...

Lily,
Memang akak berterima kasih sangat kat India tu. Cadangnya nanti nak belikan sate atau jajan utk anak dia nanti....

Tiara,
Akak rasa duit yg hilang tu sebab Allah nak 'ingatkan' akak yg akak dah lama tak bersedekah ni..huhuuu...

Syahida,
Yup, ALhamdulillah!

Maya,
Camne tercicir?! Biarlah rahsia...yg pastinya ia terjadi kerana ke-careless-an aku....