Sejak dah pandai menggunakan mobile fb (cewah!), aku rajin gak curi-curi masa tengok kat opis ni. RM3 seminggu….ok lah tu untuk light user macam aku ni. Tapi ada beberapa perkara yg buat aku tak paham dan kekadang buat aku menyampah kat situasi/keadaan kat fb (bukan menyampah kat fb user tu tau!). Antaranya :
(takde numbering sebab post entry melalui e-mail company akan membuatkan entry ni lari alignment-nya)
Penggunaan ‘like’ sesuka hati dan kadang kala tak kena tempat. Contoh, somebody tu merungut tentang maid dia yang lari pastu dok marah2 membebel kat status. Tetiba jek ada orang ‘like’ kat status tu. Buat aku terfikir “kau ni suka ke si polan ni dilanda kesusahan maid dia lari?”. Baru2 ni aku share satu link pasal budak kena dera, dera yang teruk hingga buat aku menangis tengok video tu. Ada pulak hamba Allah ni ‘like’ kat link yang aku share tu…gggrrrrr…..don’t tell me you like to see the kid being abused! Tak paham la…..
Menjemput kenduri (tak kisah la akikah ke, open house ke….worse sekali jemputan kawin!) melalui fb tanpa memberitahu kat kita terlebih dahulu. Maknanya takde call untuk inform, tetiba jek dapat invitation kat fb. Macam tak ikhlas jek jemput aku datang?!?!! Mak ni old fashion ok……please have the courtesy to at least call and inform me.
Kalau sakit, kalau boleh every 1 hour nak bagitau orang. Sekali bagitau cukuplah. Ni tak, memula bagitau dia demam. Sejam lepas tu dia bagitau “sakitnya kepala niii”, kejap lagi bagitau “peritnya tekak….”, 2-3 jam lagi bagitau “malasnya nak makan ubaaatttt”. Please la, get a life! Kau takde kawan/family members in real life untuk nak bermanja ke? To make it worse, ada pulak yang ‘like’ kat status tu!(rujuk annoying point yg pertama) Hahaaaa….. Setakat sakit sikit2 tu, bagitau sekali cukuplah. Lainlah kalau kau masuk sepital, orang memang nak tau apa update terkini kau….
Profile pic muka sendiri (amik gambar sambil pandang atas dan pout mulut ala2 ikan emas tu). Ni biasanya anak2 remaja la….mungkin aku terlalu tua untuk appreciate ‘seni’ ni….heheee….
Mengutuk orang lain dengan niat orang tu membacanya (orang tu memang pastinya dalam friend list dia). Kutuk bukan sikit2 atau takat berkias2. Ni memang kutuk kaw-kaw punya. Pastu disambut pulak oleh si suami dan beberapa member rapat. Bahasa pun dah mula kesat. Maklumlah, best apa bila kita mengutuk ada orang menokok tambah membatu api kan? Panggil si ‘pesalah’ tu betina la, sundal laaaa….. Hello! Korang tau tak yang orang lain pun boleh baca status dan makian korang tu? Tak terpikir ke apa pandangan org lain yg baca status korang tu kat korang? Masa aku baca tu, pendapat aku level korang tu tak jauh beza pun dengan si ‘betina’ dan ‘sundal’ yang korang dok sedap2 memaki hamun tu….tsk..tsk…tskkk… Elakkan la reveal perkara2 yang terlalu peribadi kat fb. The whole world can read and judge you.
Cukuplah ni dulu….harap2 takde yang butthurt ye. Ni pandangan peribadi aku jek…. Terasa macam keji pulak complain pasal orang lain macam ni. Aku pun bukannya best sgt pun…..
Peace y’alllll!!! ; )
4 comments:
ahaks sbb tu aku dh kureng sket updet status dlm FB. risau tah sesapa yg baca nnt pikir lain.....
hehe..takpe..masing2 ade pendapat sndiri kan..yg penting, antara blog n fb..sy masih lebih sayangkan blog kot..ape2 gmbar pon mesti upate dlm blog dulu baru gi kat fb..hihihi
aku dah komen pjg lebar dlm email..kekekke
Elyn,
BTW, thanks for adding me!
Lily,
Akak prefer blog kalau nak membebel pasal kerja, sebab boss sekarang ada dlm friend list akak...heheee...
Maya,
Yes, betul2 panjang dan lebar! ; )
Post a Comment