BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 26 November 2010

Kalau berani jual diri, senang agaknya cari duit

Tengah aku khusyuk buat kerja kat opis, datang satu staff production kat department aku (lelaki Chinese yg agak berumur).  Macam biasa, nak order barang la tu….Bila tengok dia aku teringat seseorang [ok, sila bayangkan aku tengah pandang atas sambil skrin bertukar kabur ~ tanda kita tengah pergi semula ke tahun 2004…heheee]

 

Masa tu aku blm kawin, berkawan dengan encik nazir pun main2 lagi sebab aku tak nampak pun dia nak serius dengan aku.  Kerja aku kat purchasing department buat aku kenal ramai supplier.  Barang yang kitaorg beli macam2, daripada mechanical parts, spare parts utk lori dan machine, electrical sampailah kepada stationery dan uniform pekerja.  Ada gak suppliers kat area Kulai, dekat jek dengan kilang tempat aku kerja masa tu.

 

Satu hari kereta aku buat problem.  Lampu kereta asyik ‘on’ aje….walaupun aku tak bukak lampu.  Dekat sebulan jugak la aku bawak kereta dengan keadaan lampu terbukak walaupun ditengah hari buta terang benderang.  Ramai orang kata, kalau dibiarkan nanti battery flat.  Buatnya bateri tu buat hal masa aku kat mana2 dan takde org nak tolong….takut gak memikirkannya.  Untuk mengelakkan menghadapi situasi mcm tu, aku memaksa diri pergi workshop utk rectify problem tu.  Since aku ada kenal sorang supplier yang biasa buat kerja2 elektrical untuk lori tanker kat kilang, aku pergi kat situ aje….  Tak sampai 15 minit jumpa Mr Chin tu, terus lampu aku ok.  Bila nak bayar, dia kata tak payah ‘small problem only’… Dah org kata free, aku pun balik dengan gembiranya! Sebelum tu sembang lebih kurang la, dia tanya aku nak balik kerja ke, dok mana etc…

 

Tup…Tup….weekend tu (atau kalau tak silap aku esoknya kot), waktu petang dia tercongok kat depan pagar rumah sewa aku.  Lain benor dah rupanya.  Pakai kemeja dengan seluar slack….bawak Mercedes lagi kauuu….  Aku ingat dia nak mintak duit repair keta aku hari tu, rupanya saja2 nak ajak bersembang.  Aku cuma layan lebih kurang je, sebab rasa segan dan tak selesa.  Jiran2 mesti dah pandang serong ingat itu sugar daddy aku…huhuuu….. Dalam dok sembang tu, tetiba jek dia ajak aku keluar pergi karaoke kat jb.  Dia kata “I bawak you jalan2 la, kita karaoke lepas tu makan seafood.  Sudah lama saya tak keluar jalan-jalan, asyik kelija saja….BINI SAYA SULAH LAMA MATI..opssss…tang bini sudah lama mati tu buat aku takuuuuttt sgt! Terus aku dok pikir macam2…..uncle ni nak buat aku ‘simpanan’ ke?  Nak ‘taja’ aku ke? Heheee….  Yang tak tahan tu datang jumpa aku umpan pakai Mercedes.  Aku yakin memang dia punya sebab workshop lori yg aku pergi tu dia yg punya…kira tokey la ni.

 

Politely, aku tolak ajakan dia.  Kesian gak tengok muka dia berubah…..dia yakin aku akan pergi kot?  Tapi mintak maaf lah uncle, taste saya bukan pada lelaki tua yang kaya.  Cukuplah yang bujang, duit ada-ada dan gagah perkasa.  Kalau saya berkawan dengan uncle, macam mana uncle nak protect saya kalau ada orang jahat kacau saya? Ngeheheee…

 

Seram gak memikirkan potensi aku jadik ‘anak ayam’ uncle tu……nasib baik aku masih lagi boleh berfikir!  Andai kata uncle tu betul2 ikhlas nak berkawan dgn aku sekalipun, mintak maaf lah.  Memang aku takmo lah!

 

Eh jap, ada kaitan ke tajuk entry ni dengan cerita aku ni?  Bantai ajelah… Tapi betul apa, kalau aku berani untuk merelakan diri aku terima offer uncle tu mesti aku bawak keta best, dok umah besar dan selalu melancong ke luar negara.  Ataupun kalau nasib tak baik, jadiklah aku penghuni kat lorong2 belakang….seram!

 

Nway, happy weekend peeps! ; )

 

7 comments:

siti noriza saleh said...

Tapi mintak maaf lah uncle, taste saya bukan pada lelaki tua yang kaya. Cukuplah yang bujang, duit ada-ada dan gagah perkasa. Kalau saya berkawan dengan uncle, macam mana uncle nak protect saya kalau ada orang jahat kacau saya? Ngeheheee…

mcm ada kene mengena ngn siti je..ha ha ah...ingt cter pakcik guard tu tak?..yg sibuk ajak ct gi kluang utk pilih brg kemas?....x kose nyah..

Elyn Sani said...

agak2 kalau u nk pinjam duit time tu mesti die bagi kan?? kata tgh nak tackle.... hihih. hai dunia macam2 peel ade kan...

YatieJay said...

Siti,
Hahaaa...akak ingat. Dia kerja situ lagi ke? Yg kisah akak ni kau ingat tak? Kalau tak silap korang ada rumah masa uncle tu datang.

Elyn,
Mesti dapat punya...tapi ada harga lain yg kena dibayar lepas tu. Takut! Nasib baik masih boleh berfikir dgn waras...

maya amir said...

phewww...kecut sehh!bagus ko telah berani menolaknya.. nazir tau tak cite nih?

siti noriza saleh said...

YATIE>>ingat arr..he he he h...tau, kita pow dia ajak gi jusco ek..ha ha ha ha

Cinda... said...

hehehe... frust nonggeng arr uncle tu ..

llaalala.. bagus tindakanmu itu ..

YatieJay said...

Maya,
Nazir tau cerita ni. Tiap kali lalu depan workshop uncle tu dia mesti buat2 panggil uncle tu...hehee..

Cinda,
Frust sikit je kot. Ramai lagi anak ikan lain dia boleh umpan. Mesti ada punya yg akan terpesona dengan merc dia tu.