Daulat Tuanku!
Hari ni warga Johor sambung cuti sehari lagi sempena hari keputeraan Sultan Ibrahim. Nasib baik cuti ni jatuh hari Isnin....penat berkenduri kendara sempena adik ipar aku bertunang hari sabtu lepas tak hilang pun lagi ni.
Tapi aku terperasan macam sambutan keputeraan Sultan Ibrahim tahun ni (yang pertama sejak ditabalkan menjadi Sultan Johor selepas kemangkatan Baginda Almarhum Sultan Iskandar pada Januari lalu) macam tak berapa meriah. Biasanya beberapa minggu sebelum, kat jalan raya penuh dgn bendera Johor dan Malaysia....siap dengan poster2 Daulat Tuanku semua. Adakah kat bandar Kulai aje tak berapa nampak? Sebab aku dah dekat sebulan tak 'keluar' dari kulai kecuali melalui 2nd link utk pergi kerja ke gelang patah...so tak tau macam mana persiapan kat bandar2 lain.
Apa2 pun....meriah atau tak meriah suasana persekitaran aku percaya rakyat Johor tetap mendoakan Sultan Ibrahim....Sultan Johor yang sememangnya berjiwa rakyat dan kalau tak silap aku the only Sultan yang menganjurkan Kembara Mahkota setiap tahun sebagai salah satu cara mendekati rakyat dan tengok dengan mata sendiri kehidupan rakyat di bawah jajahan takhtanya (correct me if I'm wrong).
I'm proud to be a Johorean!
6 comments:
kat jb ni derang gantung lampu lip lap beb..mlm2 cantek ahhh.. poster etc aku tak nmpk jugak..mungkin sultan kite takmo pembaziran:)
seronok la tu cuti..padan la update blog..kihkihkih
Maya,
Mungkin lah kot.....tak berani nak cakap lebih2...hehee
mie,
Tau takpe!
ampun tuanku... lupe nak wished smlm. smp tercall company area johor huhuh...
ada la bendere johor & poster sultan ibrahim tertera daulat tuanku sepnjang highway skudai ke bandar ... :)
dia mmg sultan berjiwa rakyat.. skang dia bizi, tengku hassan ganti kembara mahkota ... bak kate abah kite yg penah ikut kembara motosikal kuasa besar2 nie..
awl dec nanti ada perjumpaan motosikal berkuasa beso kat dataran bandaraye, mesti sultan akan turun mencemar duli . pe agi jom arr tgk moto2 baginda yg superb!!
Elyn,
U tak nak wish kat Sultan Johor terus ke? Hehehee...
Cinda,
Ops, tak perasan sebab dah lama tak ke area jb. Encik suami asyik kerja aje kebelakangan ni. Sedih!
Post a Comment