BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 23 March 2013

Bila dah lama tak blogging

Tengok dashboard pun terkebil2 mata tak tau nak buat apa.

Memang dah pernah post pasal nak quit blogging, tapi ada kalanya terasa jugak nak membebel something kat sini.  Sesekali ada jugak bertuit, tapi rasa tak puas sebab 140huruf tu terlalu sikit utk seorang yg kuat membebel mcm aku ni.  Lagipun aku dah terminate broadband, payah jugak nak blogging dari henpon.  Ni pun kebetulan tengah balik kampung kat penang....barulah boleh bukak balik blogger ni kejap.

Itu aje....saja buat lepas gian utk post entry kat sini.  Tata~


Thursday, 26 January 2012

Tutup Blog

Hmm..tajuk dah cukup straight forward. Saya tengah berkira-kira untuk tutup blog ni atas beberapa sebab:

1. Tak cukup masa
2. Tak cukup masa
3. Tak cukup masa

Memburukkan keadaan, waktu lunch kat opis pun saya takleh nak drop komen kat blog org lain. Secara tak langsung dah 'terputus' terus 'relationship' dgn kawan2 blogger.

Nway, saya nak ambil kesempatan ni nak ucap TERIMA KASIH kepada followers saya yg 9 orang tu....ya, tak sampai 10 orang pun! Dan jugak yg tak follow tapi rajin mengomen serta listkan blog picisan ni dalam blog list korang. Mintak ampun dan maaf andai ada mana2 entry atau komen saya di sini atau blog anda yg buat anda marah/kecik ati/kecewa. Semuanya tak disengajakan. Kebanyakan dari korang pun memang dah add saya kat fb dan twitter(thanks for that too). Harapnya silaturrahim boleh terus terjalin wlpn lepas blog ni ditutup.

Rasanya takde apa kesan pun pada org lain lepas blog ni takde....last update pun takat bulan 9 last year, itupun amik dari sumber lain yg di C&P. Sungguh2 saya takde keinginan utk mengarang dan menaip entry. Tah sawan apa yg dah menyerang saya pun tak tau :P

Terasa tak adil pulak my blog sitting at the lowest part of your blog list tanpa update. Rasa MALU tengok blog saya last updated '4 MONTHS AGO'.

Oh ya! Account ni saya masih akan aktifkan supaya dapat komen sebagai Yatie Jay kat blog korang. Sekali sekala bila berkesempatan online kat rumah....I'll say hi so that the silaturrahim terus terjalin ;)

Assalamualaikum......HAPPY BLOGGING semua!!! MMmmuahssss...

Tuesday, 6 September 2011

Sharing : Adab berkunjung ke rumah orang di hari raya

Agama kita dan bangsa kita memang penuh kesopanan dan pekerti kan? 

kredit : kosmo.com.my

AMALAN ziarah-menziarahi sememangnya dituntut oleh agama. Bukan sekadar menziarah kaum keluarga atau sanak saudara bahkan jiran-jiran terdekat hatta individu yang tidak pernah dikenali sebelum ini.

Tujuan kunjung mengunjung adalah untuk merapatkan silaturahim dan saling bermaafan. Bukan bertujuan untuk mendapatkan duit raya, memperaga baju raya paling cantik, mahal ataupun melihat setiap hiasan atau susun atur rumah yang kita kunjungi.

Islam memperincikan beberapa syarat atau adab yang perlu diamalkan ketika seseorang Muslim berhasrat untuk menziarah jiran atau sanak saudara, bukan sahaja pada hari raya malah ketika hari-hari biasa.

Adab-adab tersebut diperincikan bermula daripada sebelum berziarah, semasa menziarah, selepas menziarah dan perkara-perkara yang perlu dihindarkan ketika berziarah.

Adab-adab sebelum berziarah

*Memilih masa yang sesuai

*Memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat

*Berniat pertemuan dan perpisahan adalah kerana Allah

Masa yang sesuai dikira berdasarkan keselesaan pihak yang anda kunjungi, bukan keselesaan pihak anda.

Sebagai contoh, kunjungan ke rumah seseorang tanpa perkhabaran terlebih dahulu, melebihi pukul 10 malam kerana masa tersebut dikira sebagai masa rehat, bukanlah masa yang sesuai. Jalan terbaik, khabarkan terlebih dahulu kepada tuan rumah mengenai kunjungan anda.

Adab semasa menziarah

*Memberi salam dan bersalaman

*Meminta izin untuk masuk

*Memendekkan tempoh ziarah

*Mengawal pandangan

*Merendahkan suara

Memendekkan tempoh ziarah bermaksud tidak bersenang-senang di rumah tersebut untuk jangka masa yang lama.

Seseorang dikira sebagai tetamu hanya di dalam tempoh tiga hari ziarah. Walaupun begitu, anda perlu peka dengan keadaan dan situasi tuan rumah, agar kunjungan anda tidak menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka.

Mengawal pandangan pula termasuklah mata anda tidak meliar atau merayau-rayau ke segenap ceruk rumah meneliti setiap hiasan atau susun atur kelengkapan rumah yang anda kunjungi.

Adab selepas menziarah

*Meminta izin apabila hendak beredar

*Memberi salam dan bersalaman sebelum beredar

Perkara yang perlu dihindarkan semasa menziarah

*Enggan memberi salam

*Masa yang tidak bersesuaian

*Mengaibkan tuan rumah

*Mengumpat

Satu perkara yang perlu diingat adalah memberi salam kepada tuan rumah turut mempunyai syarat yang tertentu.

Jika pintu rumah terbuka, jangan berdiri di depan muka pintu dan memberi salam. Anda perlu berdiri agak jauh dari muka pintu, anggaran tidak dapat melihat isi rumah termasuk tuan rumah, bimbang terdedah aurat tuan rumah atau apa-apa sahaja yang mungkin tidak mahu diperlihatkan oleh tuan rumah.

Mungkin nampak mudah dan agak remeh namun jika tidak diberi perhatian, kunjungan anda mungkin boleh menimbulkan kebencian dan permusuhan. Salam Aidilfitiri dan ziarahlah dengan hati yang suci.