BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 30 December 2010

25-Dec...our 5th Anniversary

25-Dec yang lalu adalah anniversary kami yang ke-5. Tak tau nak buat entry yang macam mana pasal anniversary ni. Beberapa hari sebelum anniversary, aku demam diikuti dengan Naufal. Sampai tak ingat yang lagi beberapa hari, detik 5 tahun akan sampai.

Sepatutnya 5 tahun adalah istimewa....sebab aku terbaca somewhere. If you managed to get through the first five years of your marriage, Insya Allah boleh kekal. Sebab 5 tahun pertama adalah sangat kritikal. Ia adalah masa untuk pasangan tu belajar mengenal antara satu sama lain. Sambil kenal, kena belajar untuk bertolak ansur antara satu sama lain. Pastu belajar untuk manage family, belajar untuk mesra dengan mertua dan ipar duai. It's a long 5 years for some....but smooth sailing for others.

As for us, macam biasalah. Ada naik dan turunnya. Alhamdulillah...Allah kurniakan kami kesabaran dan kematangan akal dan fikiran untuk manage rumah tangga (buat masa ni...dan harap sampai ke tua lah ye!)

Tahun ni encik nazir kerja on our anniversary (sedih!). Malamnya kami cuma celebrate makan kat Damai Seafood, Taman Perling. Dengan kehadiran cheeky Naufal, makan yang patutnya ala-ala romantik (konon!) tak menjadik pun. Hujan lebat pulak tu....

Layan gambar ajelah ye. We odered :

Udang Mongholia (sedap!)

Sup sayur campur (untuk Naufal kononnya)

Ayam masak lemon (tak berapa sedap)

Asparagus masak sos tiram (ok jugak)

Hasil lantakkan orang yang lapar-lapar belaka hari tu. Licin!

Lepas makan, ada sesi bergambar pulak. Tapi aku baru perasan takde gambar berdua dgn encik nazir. Alaaaa....kata anniversary, tapi kenapa gambar budak ni yang banyak? Isyyyy....

Baru pandai buat 'peace'...sampai juling-juling mata

Susah betul nak suruh budak ni dok diam masa bergambar

Rasanya hadiah anniversary kami yang terbaik adalah ini:

Our dream home.

Dah 90% siap. Dijangka Mach 2011 dah boleh pindah masuk, tapi nampak gaya macam boleh dapat lagi awal. Alhamdulillah.....syukur pada Allah atas kurniaanNya pada kami. Walaupun rumah kecik, tapi bersyukur sangat sebab finally we have a place to call HOME. Dan aku harap investment kami ni adalah tepat...

Pada kawan-kawan yang wish kat fb, terima kasih ya! And please....jangan tanya pasal tambah anak. Pada yang tak tau atau dah lupa...read here and here... ; )

Tuesday 28 December 2010

Acara gift exchange kat opis

Last week department aku buat Gift Exchange sempena hari natal bulan ni. Macam kat company sebelum ni gak, setiap orang akan contribute beli barang berharga between RM15~Rm25. Sampul kasik cantik2 tapi takyah letak nama. Pastu akan diletak number kat setiap hadiah. Pada hari gift exchange tu, setiap orang akan cabut satu nombor. Mana nombor yang match kat hadiah...dialah dapat hadiah tu. Nasib-nasiblah kan siapa dapat hadiah best dan siapa dapat yang tak best.


Antara decorations hari tu...

Yang untung siapa beli hadiah paling murah (RM15) tapi in return dia 'tercabut' hadiah yang best dan paling mahal (RM25). Aku belikan scented candles berupa coklat...cantik gak dah siap ada ribbon warna gold lagi. Meriah jugak hari tu....siap ada makan2 jajan bagai. Moh layan gambar :

Yang warna merah tu hadiah yg aku dapat.
Biskut tu hadiah dari 'Quality Life Club'. Semua orang dapat.

Posing sikit...hihiiii...

Ni lah isi dalam kotak tu. Boleh la buat hiasan meja kat opis ni.
Ni sebenarnya alarm clock, tapi since bunyi alarm dia kecik sikit dari
bunyi kentut aku, buat hiasan dah laaa....

Lepas dah cabut2 no dan amik hadiah masing-masing, ada acara makan sikit. Alaaaa, tak berat pun sekadar makanan ringan. Antara gambar2 yang sempat diambil hari tu:



Kat atas yang berbaju kuning ni boss aku. Kecik dan comel je orangnya. Sporting lak tu. Berbeza sungguh dengan boss-boss sebelum ni. Oh ya, kat opis baru yang ni pembahagian kaum dan jantina adalah sama rata. Even for the bosses. So memang takde sangat timbul isu berat sebelah dalam hal2 yang berkaitan. Harap2 observation aku ni betullah, maklumlah baru 2 bulan kat sini mungkin aku tak nampak lagi keadaan sebenar politik kat sini. Mintak dijauhkan laaaa...

Itu saja. Entry ni dah lama terperap dalam draft. Thanks to entry puan Maya, aku baru teringat nak publish.

p/s : Duduk kat negara yang berbilang bangsa, nak tak nak sedikit sebanyak kita akan 'tercelebrate' gak perayaan diaorang. Semuanya bergantung kepada niat kita. Personally aku tak rasa benda ni salah. Pegangan agama aku tetap sama dan kuat walaupun dah beberapa kali join gift exchange activity ni dari dua tempat kerja yang berbeza.

Wednesday 22 December 2010

Akibat Tido Dalam Kelas Bila Cikgu Mengajar

Jumpa banner ni kat TJ Mart Saleng. Iklan basikal pakai kuasa bateri.

Menangis agaknya cikgu Bahasa Malaysia dia kalau baca banner ni. Nak tulis dalam english...just write in english. Kalau BM, BM sajalah. We are Malaysian, and we are not that stupid! Sorry lah, aku memang tak suka kalau orang buat kerja cincai macam ni....lagi pulak melibatkan bahasa kebangsaan (ironinya, blog aku ni pun penuh typo dan rojak bahasanya...heheee...)

"pencurian anti"....kejadahnya?!

"Bateri Tuduhan Penuh could be run at least 50km"...pfftt!!

Not sure whether banner ni kena mintak lesen oleh Majlis Perbandaran atau tidak. Kalau ada, adalah menyedihkan takde sesiapa yang nak tolong tegur atau betulkan bahasa caca marba ni.

Aku ni, even kalau typo kat barang2 lain (contohnya barang elektrik atau makanan) mintak maaf lah nak beli....terus jadi was-was tau! Ye, walaupun blog aku ni penuh dengan kesalahan tatabahasa, ayat tunggang langgang dan rojak....aku sangat cerewet bila melibatkan kesalahan2 bahasa macam ni. Cerewet dan emo. Macam bagus kan?

p/s :Inilah akibatnya kalau cikgu2 sibuk buat video miming agaknya.....Hahaaa....Jangan marah noooooo.... ; )

Monday 20 December 2010

Mandi buih yok!

Inilah aktiviti hujung minggu si Naufal semalam. Kesian, bukan selalu dapat mandi kolam macam ni. Kena tunggu babahnya off day dan takde kerja-kerja wiring (part-time). Kekadang kalau gian dia datang, tapi aku malas nak layan, dia akan usung kolam kosong ni dan baring dalam tu dok depan tv. Kesian kan? Tu lah nasib dapat ummi p.e.m.a.l.a.s....hahaaa....

Tengok masa ni, aku pun rasa macam nak terjun dalam tu! Tapi nanti takde ruang pulak untuk Naufal...macam baby hippo...ceh...




Sepanjang masa dia mandi tu kena perhatikan selalu. Kalau tak ada je idea pelik dia...minum air buih la, keluar kolam dan nak terjun ke dalam la....kreatif tak kena tempat budak ni! Mandi pulak kat porch kereta aje, maklumlah rumah sewa kami ni tak luas. Teres setingkat lah katakannnn.... Tapi boleh la untuk Naufal, dah cukup seronok untuk dia tu.

Part yang paling tak best bila nak suruh dia keluar dari kolam untuk bilas badan menandakan sesi mandi manda dah habis. Drama sungguh! Aku yang penat nanti nak angkat dia yang meronta-ronta takmo keluar kolam. Sebab tu lah ummi ni m.a.l.a.s nak bagi Naufal mandi kolam macam ni, tau tak? Haishhhhh..... Nasib baik babah ada untuk keluarkan air dari kolam dan cuci+kemas semuanya.

Takpe, mana tau nanti satu hari nanti ummi dan babah hidup senang kita beli rumah banglo lengkap swimming pool ye....Naufal nak mandi sampai kecut pun takpe.

(Gambo drama tak sempat nak snap. Hati panas, nak cepat2 bilas dan pakaikan baju dia..huhuu)

Friday 17 December 2010

Guilty Indulgence....makanan yg buat aku rasa bersalah lepas makan

The heavenly Chocolate Indulgence by Secret Recipe


Had this for buka puasa yesterday…….Tersangatlah sedap! Taste buds orgasm!

Kalau sedap macam ni, makan the whole cake pun takpe. Pastu menyesal gila, rasa macam nak jolok keluar kasik muntah balik sebab takut gemuk…hahaaaa….

Monday 13 December 2010

Benda ni buat aku rasa muda semula

Last 2 weekend aku pergi Genting. Saja nak bawak Naufal jalan-jalan. Alang2 dah kat sana, bawak gak dia gi Zoo Negara. Citer pasal genting dgn zoo negara nanti2 lah aku citer. Malas nak upload gambo...heheee...

Tujuan aku keluarkan entry ni sebab nak tayang satu menda ni. Benda yang dah lama sangat aku tak jumpa. Jeng..jeng...jenggg.....

Cuba teka apakah benda ini?

The last time aku jumpa dan makan benda ni adalah dekat 20tahun yang lepas. Sama ada sebab aku memang tak carik, ataupun memang dah susah nak jumpa sekarang ni. Dah hampir pupus rasanya...

It's SAGUN....makanan yg agak rare sekarang ni!

It comes in a nice package. Nampaknya sudah dicommercialize dengan bijak sekali. Kalau dulu2 aku biasa jumpa (dan mak aku biasa buat pun), dibungkus dalam plastik aiskrim malaysia tu. Pastu kalau tak silap aku market price masa tu sekitar 10sen sebatang. Sekarang satu botol kecik macam yg kat atas tu RM2. Ok lah tu...untuk something yang dah susah nak dijumpai sekarang ni, kan? Tapi bila aku makan, rasa dia kurang kick la. Missing something, tapi tak tau apa dia. Adakah sebab aku dah dewasa....dan last time aku makan adalah masa aku kanak2?

Siap didatangkan dengan sudu kecik!

Masa aku makan sagun ni kat opis, sanggup aku tak jawap phone yang berbunyi semata2 sebab nak elakkan tersembur keluar sagun tu dari mulut...hahaaaa.... Dan saat2 makan tu, terasa macam kanak2 semula...best!

Aku mention pasal makan sagun ni kat fb....tak sangka lak telah membuatkan mak buyung
kecur air lioq. Nasib baik si Hernee kata ada terjumpa sagun ni kat Pontian. Hmmmm....agak2 kalau teringin gak, boleh la carik nanti...hihiiii...

Apa lagi makanan yang rare macam sagun ni ek?

Wednesday 8 December 2010

Saya tidak stress di tempat kerja baru

Patut tak aku risau?

Budak yang sama2 masuk dengan aku hari tu dah mula carik kerja baru, sebab tak tahan stress kat sini.

Tapi aku masih boleh buat kerja sambil relax2, balik agak awal, kerja sambil bukak fb mobile.

Budak tu pulak selalu balik lewat, muka asyik muram aje…tsk..tsk….

Patut tak aku risau?

Adakah aku terlalu sambil lewa buat kerja? Atau memang nasib aku dapat scope kerja yang tak stress? Atau kerja menimbun2 akan datang secara tiba2 macam tanah runtuh nanti?!!?

Aku risau…sebab aku tak risau dengan kerja sekarang ni….

Ohhhh…..apakah perasaan ini?!

Wednesday 1 December 2010

Facebook : Perkara2 yang menyampahkan aku

Sejak dah pandai menggunakan mobile fb (cewah!), aku rajin gak curi-curi masa tengok kat opis ni.  RM3 seminggu….ok lah tu untuk light user macam aku ni.  Tapi ada beberapa perkara yg buat aku tak paham dan kekadang buat aku menyampah kat situasi/keadaan kat fb (bukan menyampah kat fb user tu tau!).  Antaranya :

 

(takde numbering sebab post entry melalui e-mail company akan membuatkan entry ni lari alignment-nya)

 

Penggunaan ‘like’ sesuka hati dan kadang kala tak kena tempat.  Contoh, somebody tu merungut tentang maid dia yang lari pastu dok marah2 membebel kat status.  Tetiba jek ada orang ‘like’ kat status tu.  Buat aku terfikir “kau ni suka ke si polan ni dilanda kesusahan maid dia lari?”.  Baru2 ni aku share satu link pasal budak kena dera, dera yang teruk hingga buat aku menangis tengok video tu.  Ada pulak hamba Allah ni ‘like’ kat link yang aku share tu…gggrrrrr…..don’t tell me you like to see the kid being abused!  Tak paham la…..

 

Menjemput kenduri (tak kisah la akikah ke, open house ke….worse sekali jemputan kawin!) melalui fb tanpa memberitahu kat kita terlebih dahulu.  Maknanya takde call untuk inform, tetiba jek dapat invitation kat fb.  Macam tak ikhlas jek jemput aku datang?!?!!  Mak ni old fashion ok……please have the courtesy to at least call and inform me.

 

Kalau sakit, kalau boleh every 1 hour nak bagitau orang.  Sekali bagitau cukuplah.  Ni tak, memula bagitau dia demam.  Sejam lepas tu dia bagitau “sakitnya kepala niii”, kejap lagi bagitau “peritnya tekak….”, 2-3 jam lagi bagitau “malasnya nak makan ubaaatttt”.  Please la, get a life!  Kau takde kawan/family members in real life untuk nak bermanja ke?  To make it worse, ada pulak yang ‘like’ kat status tu!(rujuk annoying point yg pertama) Hahaaaa…..  Setakat sakit sikit2 tu, bagitau sekali cukuplah.  Lainlah kalau kau masuk sepital, orang memang nak tau apa update terkini kau….

 

Profile pic muka sendiri (amik gambar sambil pandang atas dan pout mulut ala2 ikan emas tu).  Ni biasanya anak2 remaja la….mungkin aku terlalu tua untuk appreciate ‘seni’ ni….heheee….

 

Mengutuk orang lain dengan niat orang tu membacanya (orang tu memang pastinya dalam friend list dia).  Kutuk bukan sikit2 atau takat berkias2.  Ni memang kutuk kaw-kaw punya.  Pastu disambut pulak oleh si suami dan beberapa member rapat.  Bahasa pun dah mula kesat.  Maklumlah, best apa bila kita mengutuk ada orang menokok tambah membatu api kan?  Panggil si ‘pesalah’ tu betina la, sundal laaaa….. Hello! Korang tau tak yang orang lain pun boleh baca status dan makian korang tu?  Tak terpikir ke apa pandangan org lain yg baca status korang tu kat korang?  Masa aku baca tu, pendapat aku level korang tu tak jauh beza pun dengan si ‘betina’ dan ‘sundal’ yang korang dok sedap2 memaki hamun tu….tsk..tsk…tskkk… Elakkan la reveal perkara2 yang terlalu peribadi kat fb.  The whole world can read and judge you.

 

Cukuplah ni dulu….harap2 takde yang butthurt ye.  Ni pandangan peribadi aku jek…. Terasa macam keji pulak complain pasal orang lain macam ni.  Aku pun bukannya best sgt pun…..

 

Peace y’alllll!!! ; )