BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 26 November 2010

Kalau berani jual diri, senang agaknya cari duit

Tengah aku khusyuk buat kerja kat opis, datang satu staff production kat department aku (lelaki Chinese yg agak berumur).  Macam biasa, nak order barang la tu….Bila tengok dia aku teringat seseorang [ok, sila bayangkan aku tengah pandang atas sambil skrin bertukar kabur ~ tanda kita tengah pergi semula ke tahun 2004…heheee]

 

Masa tu aku blm kawin, berkawan dengan encik nazir pun main2 lagi sebab aku tak nampak pun dia nak serius dengan aku.  Kerja aku kat purchasing department buat aku kenal ramai supplier.  Barang yang kitaorg beli macam2, daripada mechanical parts, spare parts utk lori dan machine, electrical sampailah kepada stationery dan uniform pekerja.  Ada gak suppliers kat area Kulai, dekat jek dengan kilang tempat aku kerja masa tu.

 

Satu hari kereta aku buat problem.  Lampu kereta asyik ‘on’ aje….walaupun aku tak bukak lampu.  Dekat sebulan jugak la aku bawak kereta dengan keadaan lampu terbukak walaupun ditengah hari buta terang benderang.  Ramai orang kata, kalau dibiarkan nanti battery flat.  Buatnya bateri tu buat hal masa aku kat mana2 dan takde org nak tolong….takut gak memikirkannya.  Untuk mengelakkan menghadapi situasi mcm tu, aku memaksa diri pergi workshop utk rectify problem tu.  Since aku ada kenal sorang supplier yang biasa buat kerja2 elektrical untuk lori tanker kat kilang, aku pergi kat situ aje….  Tak sampai 15 minit jumpa Mr Chin tu, terus lampu aku ok.  Bila nak bayar, dia kata tak payah ‘small problem only’… Dah org kata free, aku pun balik dengan gembiranya! Sebelum tu sembang lebih kurang la, dia tanya aku nak balik kerja ke, dok mana etc…

 

Tup…Tup….weekend tu (atau kalau tak silap aku esoknya kot), waktu petang dia tercongok kat depan pagar rumah sewa aku.  Lain benor dah rupanya.  Pakai kemeja dengan seluar slack….bawak Mercedes lagi kauuu….  Aku ingat dia nak mintak duit repair keta aku hari tu, rupanya saja2 nak ajak bersembang.  Aku cuma layan lebih kurang je, sebab rasa segan dan tak selesa.  Jiran2 mesti dah pandang serong ingat itu sugar daddy aku…huhuuu….. Dalam dok sembang tu, tetiba jek dia ajak aku keluar pergi karaoke kat jb.  Dia kata “I bawak you jalan2 la, kita karaoke lepas tu makan seafood.  Sudah lama saya tak keluar jalan-jalan, asyik kelija saja….BINI SAYA SULAH LAMA MATI..opssss…tang bini sudah lama mati tu buat aku takuuuuttt sgt! Terus aku dok pikir macam2…..uncle ni nak buat aku ‘simpanan’ ke?  Nak ‘taja’ aku ke? Heheee….  Yang tak tahan tu datang jumpa aku umpan pakai Mercedes.  Aku yakin memang dia punya sebab workshop lori yg aku pergi tu dia yg punya…kira tokey la ni.

 

Politely, aku tolak ajakan dia.  Kesian gak tengok muka dia berubah…..dia yakin aku akan pergi kot?  Tapi mintak maaf lah uncle, taste saya bukan pada lelaki tua yang kaya.  Cukuplah yang bujang, duit ada-ada dan gagah perkasa.  Kalau saya berkawan dengan uncle, macam mana uncle nak protect saya kalau ada orang jahat kacau saya? Ngeheheee…

 

Seram gak memikirkan potensi aku jadik ‘anak ayam’ uncle tu……nasib baik aku masih lagi boleh berfikir!  Andai kata uncle tu betul2 ikhlas nak berkawan dgn aku sekalipun, mintak maaf lah.  Memang aku takmo lah!

 

Eh jap, ada kaitan ke tajuk entry ni dengan cerita aku ni?  Bantai ajelah… Tapi betul apa, kalau aku berani untuk merelakan diri aku terima offer uncle tu mesti aku bawak keta best, dok umah besar dan selalu melancong ke luar negara.  Ataupun kalau nasib tak baik, jadiklah aku penghuni kat lorong2 belakang….seram!

 

Nway, happy weekend peeps! ; )

 

Monday 22 November 2010

Daulat Tuanku!

Daulat Tuanku!

Hari ni warga Johor sambung cuti sehari lagi sempena hari keputeraan Sultan Ibrahim. Nasib baik cuti ni jatuh hari Isnin....penat berkenduri kendara sempena adik ipar aku bertunang hari sabtu lepas tak hilang pun lagi ni.

Tapi aku terperasan macam sambutan keputeraan Sultan Ibrahim tahun ni (yang pertama sejak ditabalkan menjadi Sultan Johor selepas kemangkatan Baginda Almarhum Sultan Iskandar pada Januari lalu) macam tak berapa meriah. Biasanya beberapa minggu sebelum, kat jalan raya penuh dgn bendera Johor dan Malaysia....siap dengan poster2 Daulat Tuanku semua. Adakah kat bandar Kulai aje tak berapa nampak? Sebab aku dah dekat sebulan tak 'keluar' dari kulai kecuali melalui 2nd link utk pergi kerja ke gelang patah...so tak tau macam mana persiapan kat bandar2 lain.

Apa2 pun....meriah atau tak meriah suasana persekitaran aku percaya rakyat Johor tetap mendoakan Sultan Ibrahim....Sultan Johor yang sememangnya berjiwa rakyat dan kalau tak silap aku the only Sultan yang menganjurkan Kembara Mahkota setiap tahun sebagai salah satu cara mendekati rakyat dan tengok dengan mata sendiri kehidupan rakyat di bawah jajahan takhtanya (correct me if I'm wrong).

I'm proud to be a Johorean!

Thursday 18 November 2010

Naufal dan ayat-ayat tak boleh blahnya!

Sejak kebelakangan ni, banyak kali aku terkejut dengan ayat2 yang keluar dari mulut Naufal. Selain dari ayat2 imitation dari mulut parents dia sendiri, aku rasa ada yang dia ‘belajar’ kat taska dia jugak. Tapi nasib baik so far belum ada lagi ayat2 atau perkataan yg tak manis didengar. Antara ayat-ayat Naufal yg aku rasa kelakar/terkejut mendengarnya :

“Apalah ummi ni….leceh la ummi ni” ~ yang ni confirm datang dari mulut mak bapak dia

“Naufal penat lah ummi….Naufal sakit badan” ~ aku pernah post ni kat fb. Ada gak yg mengingatkan aku kadang2 kita kena take seriously apa yg anak kita nak sampaikan. Takut mana tau apa yg dia kata tu betul….tapi I can’t help to think bahawa statement ni sangat cute datang dari budak umur 2 tahun++

“Ummi tak pakai tudung eh?!” ~ kata2 Naufal kat aku masa otw ke umah MIL lewat malam minggu. Alaaaa…dari umah aku ke umah MIL tak jauh sgt, pastu malam pulak tu dan takde singgah mana2 so aku malas nak pakai tudung. Bila Naufal tanya mcm tu aku jadik bengang jugak….Encik Nazir gelakkan aku jek. Siap berterima kat Naufal lagi…huhuuuu….

“Naufal tutup wurat sambil tunjuk lutut dia yang dah covered by seluar pendek. Terkejut gila aku dan encik nazir, sebab kami belum pernah lagi ajar dia pasal aurat2 ni. Nampaknya betul kata orang….melentur buluh dari rebungnya.

“Ayoyo (sambil tepuk dahi)…potong kepala” ~ motif dia cakap ni?! Aku pun tak tau…heheee….Belajar kat taska kot! Takkan dia tau kes Sosilawati? Heheeee….

Selain dari tu, dia dah boleh baca doa makan, doa lepas makan, doa keluar rumah dengan lancar wlpn pelat sikit2 dan jugak selawat serta ‘marhaban’ yg agak tunggang terbalik (kecoh je aku ni kan…anak orang pada umur naufal ni silap2 dah pandai baca!) Sedikit sebanyak aku berterima kasih sangat kat cikgu2 dia sebab terus terang cakap selain dari doa makan kami takde ajar dia sgt (bad parents...yes we are! Other people can judge us…I don’t care).

Setakat untuk umur Naufal, aku puas ati dengan apa yang dia dah belajar kat taska sekarang ni. Kekadang tu buat aku terfikir beberapa kali sama ada nak teruskan dengan niat nak hantar ke English+Chinese medium kindy masa umur dia 4 tahun nanti atau teruskan aje kat taska sekarang ni (dia ada tadika opposite bangunan taska). Insya Allah, basic untuk jadik anak dengan ciri2 muslim sejati tu ada kat sini. Cuma tak bagusnya taska/tadika sekarang ni English dia totally out. Sigghhh….kalaulah ada taska yg menekankan Islamic way of life dlm masa yg sama English dan Chinese kan bagus….

Setiap parents mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya kan?