BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 16 October 2010

Farewell my friends ~ 15-Oct

Setelah menunggu dekat dua bulan, akhirnya hari yang ditunggu2 tiba jugak akhirnya. 15-Oct adalah hari terakhir aku kerja kat company X. Sedar tak sedar, 3 tahun jugak aku carik rezeki kat situ. Notis patutnya dua bulan, tapi aku pergi 1 week earlier sebab company yg baru ni nak aku masuk 18-Oct. Bermakna, no rest for me....terus je masuk kerja tempat baru.

Agak berat hati nak pergi, sebab replacement aku baru je seminggu masuk. Dia adalah zero experience dan zero knowledge dalam electronic industy dan jugak excel. Aku foresee dia akan menghadapi masalah yg sangat besar nanti. Benda basic pun dia tak tau.....apatah lagi yang lain2 berkaitan kerja. I did my best to teach her apa2 yg perlu dan penting. Memang impossible untuk ajar dia semuanya dalam masa seminggu. Bukan salah aku pun, notis dah diberi sejak hampir dua bulan lepas lagi. Kenapa boss melengahkan carik pengganti aku pun tak tau laaa....

Oh ya, sehari sebelum hari terakhir aku kat company x collegue aku sempat buat farewell lunch. Terima kasih banyak2 untuk lunch yang sangat sedap tu terutamanya untuk Linda, Nanie dan Kak Wiah (selalunya diaorg la yang suka arrange menda2 ni semua kalau ada antara geng kitaorg nak berhenti/bersalin dll). Antara gambar2 yang sempat diambil lepas makan hari tu...

Ni meja aku. Kat sini campur2 dari team lain (planner, buyer team top level dan jugak xerox (perema xerox ke?! Linda atau nanie tolong betulkan kalau salah)


Ni meja lagi satu. Mostly chinese kat sini tapi semua buyer dari team aku except the only malay tu planner. Replacement aku tu berdiri belah kiri sekali.....good luck to her! Hahahaaa....


Ni gambar masa nak balik ke opis lepas makan. Sempat lagi tu, walaupun jam dah tunjuk kul 2pm! Tapi dlm banyak2 gambar, aku paling suka yang ni....

Esoknya lak kitaorang lunch kat kedai mak nanie (aweks tudung coklat kat bawah ni). Suka makan kat situ, sebab masakan dia 'berasa' dan memang sedap! Tah bila lah lagi dapat makan kat situ...huhuuuu....

Gerai ni kat tepi sungai. Masa kitaorg makan ni, siap ada budak mandi manda kat sungai tu....best! Sambil makan sambil ditiup angin yang kekadang agak kuat, tapi best sebab rasa nyaman aje. Makanan sedap+suasana nyaman = kombinasi terhebat! Hahahaaa....

Sempat lagi bergambar kat depan bangunan opis!

Takde apa yang buruk aku rasa kerja kat situ. Semuanya masih bearable. Ye lah, mana pun kita kerja tetap akan ada pasang dan surutnya. Masalah kerja yg bizi, miscommunication dengan interdepartment, kena marah dengan boss....itu semua lumrah. So far, aku masih boleh terima lagi (wlpn ada kalanya menyumpah jugak, aku manusia normal apa!) sebab kalau nak compared company yg aku keja sebelum ni adalah berganda2 punca kuasa sepuluh teruknya.....serik bhai!

Ohhhh....saat2 nak balik adalah saat yang paling berat. Lagi 10 minit nak balik aku dah jumpa setiap kawan2 utk salam dan ucap goodbye. Tak lupa jugak kat boss, mintak maaf sebab takleh stay lagi seminggu macam dia mintak utk train org baru tu. Masa jumpa setiap orang tu, aku dah tahan2 rasa sedih. Last dengan grup aku yang berempat kat gambar atas tu. Masa salam air mata dah bergenang....tapi masih berjaya kawal. TAPI tiba kat si Linda, bila dia cakap aje "Kita sedih la kakkkkk....." sambil nangis, waaaahhhh....apa yang aku 'pertahankan' sejak dari kat opis tu semua tumpah! Rasa lega sangat dapat nangis, serius! Perit kerongkong menahan tangis....cewah.....

Nak buat macam mana, setiap orang ada arah tuju masing2 dalam hidup mereka. Life must go on, but surely we can still keep in touch! Harap kawan2 semua masih teruskan contact aku ye.....boleh melalui fb ataupun blog cikai ni.


p/s : Hopefully the grass IS greener on the other side! Don't know what to expect there.....

Thursday 14 October 2010

ACT AGAINST NAMAWEE,CHARGE HIM NOW. OR ARE WE TOO CHICKEN TO DO SO?

C&P from blog Bapak Gula-gula


Further to Mazidul's entry on Minister vs bloggers and after Hassan Skodeng being charged in the court of law, another blogger Rocky Bru is being investigated.

Namawee released a video clip which is deemed seditious in his condemnation of a headmistress in Kulaijaya who had allegedly made racist remarks and also of the Education Ministry using obscene language.

Wee, 27, from Muar, Johor had also caused controversy in 2007 with his video clip titled "Negarakuku" posted on YouTube in which he insulted the national anthem, while studying at a university in Taiwan.

Now, are we afraid of losing Chinese votes if we charge him in the court of law? Will Chua Soi Lek once again be on Namawee's defence when the latter insulted our national anthem?

Kalau dibandingkan satira Hassan Skodeng yang secara terang terang menggunakan blognya sebagai blog hiburan dan lawak, lengkap dengan disclaimer ia sebuah blog gurauan, manakala Namawee menggunakan perkataan yang sungguh rasis dan kurang ajar, tetapi pentadbiran negara lembik?

Now, dua bloggers sudah diambik tindakan, bila lagi kerajaan akan bertindak terhadap Namawee? Kenapa dengan dua bloggers berbangsa Melayu, kita cepat ambik tindakan, tetapi Cina sorang ni,

While Najib been saying 'zero tolerance' to racism, we have yet to see any action being taken against Namawee yang secara terang terang mencetuskan perasaan perkauman.

For the record, Hassan is being charged of sending out false information on the internet with the malicious intent of annoying another person. Ohh, Namawee is not annoying? Not malicious enough for the government to act against him?

Dulu, semasa seorang Ketua Pemuda hunuskan keris, kecoh satu kampung. Sanggup mintak maaf pada orang dan permohonan maaf dilakukan 'atas dasar setiakawan.'

Ini pulak kata Rais Yatim:

“We do not expect this matter to bring about any implications but want the public to know that my ministry and the MCMC have done our part. “So it is out of our hands [referring to his ministry and the Internet regulator, the MCMC]. The IPs have been completed and filed with the AG’s Chambers.”

What? Aku tak dengar pulak MCMC pergi rampas Namawee's computer or laptop. Ada dengar ke? Atau aku terlepas cerita tu?

Kenapa Hassan Skoden dengan Rockybru cepat jek tindakan dibuat? Sebab Melayu so kurang sikit pressure? Apa kejadahnya yang tunggu lama sangat nak charge? Dah berapa bulan dah ni?????

Apa yang lama sangat AG nak decide kalau betullah IP (investigation paper) dah diserah kepada Attorney General.
Adakah kita nak tunggu sehingga orang bercakap - di Malaysia, ia 'tindakan terpilih'. Mungkin kita nak tunggu mulut haram jadah Namawee ni yang dah terang terang, cukup bukti menghina buat satu lagi video dan cerca kita, orang Melayu dah memberontak, barulah kerajaan nak terhegeh hegeh?

If you have a blog, post the same title and berikan tekanan kepada kerajaan to act against Namawee. United we stand.

Act against Namawee NOW.

Tuesday 12 October 2010

Opss...aku buat sesuatu yang notti semalam!

Amaran : Anda disarankan supaya tidak meniru perbuatan tuan punya blog. Ia adalah tidak beretika. Kalau buat juga, risiko tanggung sendiri.

Poyo!

Takde mende pun. Cuma nak cerita...semalam aku buat kerja gila. Aku telah meng'mc' kan diri untuk pergi dating berdua dengan encik nazir. First time buat kerja ni.....dalam takut, rasa excited gila.

Pergi mana? Buat apa?

Kita orang tengok wayang kat Tebrau City! Yeyyy...akhirnya impian aku terlaksana sudah. Lama gila tak tengok wayang, 3 tahun ada kot. Since pregnantkan Naufal kitaorg terus stop tengok wayang sebab orang tua2 tak galakkan keluar malam kalau mengandung anak sulong (apa rasionalnya, tak pasti lak. Dah org yg makan garam dulu pesan, ikut ajelah). Nak tengok wayang di siang hari, mcm tak best.

Part yang paling tak best, adalah pergi klinik untuk mengatakan aku sakit dan nak mc. Tak reti laaa nak buat2 sakit pastu mintak mc. Tapi determination nak pergi tengok wayang buat aku tebalkan muka. Alhamdulillah....senang gila! Doktor tu check aku tak sampai 1 minit pun....

Kenapa tak amik cuti aje. Kenapa perlu amik mc?

Cuti aku tinggal sehari aje. Dan minggu ni adalah minggu terakhir aku berkhidmat kat office sekarang. Next week start kat tempat baru (nervousnyaaa!). Kiranya ni nak celebrate sempena dapat kerja baru pun ada gak.... Sebab tu nak simpan cuti terakhir tu untuk leave one day earlier.

Typical blogger....mesti kena camwhoring dulu!
(thanks to encik nazir sebab bagi kerjasama....biasanya kalau aku kata
nak letak kat blog, dia memang takmo interframe)


Destinasi pertama lepas beli tiket wayang mestilah sesi makan! Dah lama teringin nak makan kat Manhattan ni. Akhirnya hari ni terlaksana....

Ni aku punyeeee (pencinta pasta)....big portion, senak gak perut nak habiskan.
Tapi sangat sedap....diet aku gone with the wind.

Ni encik nazir punya...wajib makan nasi. Tapi nasi ni dimasak dengan herbs.
Yang kat dalam aluminium foil tu, ikan cod. Heaven.....sedap gila!

Gambar masa makan tiada....
Yang ada pinggan kosong. Yup, kitaorang makan sampai licin...to the last bit!
Kucing tengok pun nangis laaa, sebab takde apa tinggal untuk dia makan lepas tu
Heheeee....


Masa makan tu memang teringat sangat kat Naufal. Terdetik kat hati, apalah yang dia makan kat taska hari ni. Sedap ke? Sebab apa yang kitaorg makan tu,semua fav dia (fettucine carbonara dengan brokoli dekat nasi encik nazir). Dah ada anak.....nak dating berdua je pun masih teringat2 kat dia dan rasa tak best. Tapi kalau bawak dia, alamatnya semua plan akan rosak....terpaksalah kali ni tinggalkan dia kat taska. First time buat, dan rasanya tak sanggup nak buat lagi kot unless betul2 perlu kena tinggal utk urusan yang penting.

Owww...lupa nak bagitau cerita apa yg kitaorg tengok semalam. Devil by M Night Shyamalan. Cerita pasal 5 orang terperangkap dalam lif. Sementara nak tunggu skuad penyelamat datang, setiap penumpang lif tu akan mati dibunuh tiap kali lampu terpadam. Siapa yg bunuh dan kenapa? Kenalah tengok sendiri....agak suspense la bagi aku yg penakut ni. Walaupun kena kritik agak teruk, bagi aku ok-ok aje cerita ni. Since takde choice lain nak tengok wayang punya pasal.

Poster filem ni (thanks to google)

Ok, itu saja cerita 'adventure' aku semalam. Aktiviti yang mungkin biasa bagi setengah orang....tapi sangat bermakna untuk aku (dan harap encik nazir jugak). Hmmmmm....rasa kekenyangan sampai malam, and yes, rasa takut lak nak naik lif pasni! ; )

Wednesday 6 October 2010

Allah itu Maha Adil

Raya kali ni aku berkesempatan jumpa beberapa kenalan yg tak sempat jumpa masa raya last year (gara2 keluar beraya secara all out during weekends). Biasalah, bila dah lama tak jumpa banyaklah menda dibualkan. Bila dah nak sampai ke penghujung raya ni, tetiba aku boleh flashback balik siapa dan apa yg aku bualkan sepanjang bulan ni. Agak menginsafkan jugak, memandangkan sekarang ni aku kerap suka 'mengeluh'.


Kawan A
Suami kerja best, gaji dekat RM6k, handsome lak tu
Isteri housewife, cantik dan slim (kawan aku lah ni)
Anak dah 3 (perempuan)
TAPI : Mereka nak sangat anak lelaki ...takde rezeki lagi

Kawan B
Hidup sangat-sangat sederhana
Malah kawan aku ada merungut, dia harap life dia lebih senang dari sekarang
Tak happy kerja, tapi terpaksa sebab gaji husband kecik nak support family
Anak ramai
TAPI : semua anak2 dia 'menjadi'. Belajar pandai, sangat manners, rajin tolong parents (baik anak pompuan, mahupun lelaki). Sejuuukkkk ati aku tengok anak2 dia!

Kawan C
Macam kawan A, suami dia kerja best
Koleksi gelang mas ala-ala citer mami jarum..heheee.. ----> motip nak bagitau ni?
Ada maid (yg kerjanya sangat relax ok!)
Kawan aku ni pun bekerja, sekadar utk isi masa lapang
TAPI : Dia takde anak, wlpn dah 10 tahun kawin. Katanya hidup dia sunyi, sebab tu dia keluar bekerja

Kawan D
Dok dengan parents
Kerja best, gaji best, keta best, koleksi kasut dan handbag best
Segala-galanya best la aku tengok dia tu!
TAPI : Dia bercinta dengan suami orang (berpangkat Dato' youuuuu...). Nak jumpa kena sembunyi2. Bila ajak kawin, lelaki tu akan cakap tak ready lagi nak bgtau wife dia. Dia sendiri tak tau sampai bila keadaan tu akan berlarutan. Nak mintak putus, sayang sgt kat lelaki tu. Kekadang dia rasa macam 'pompuan simpanan' lak (dia kata tau, bukan aku yg kata!)


Allah itu adil kan? Dia kasik lebih kat sini, tapi dia kurangkan kat sini pulak. Siapalah kita ni utk selalu mengeluh selalu....huhuuuu...