BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 30 December 2010

25-Dec...our 5th Anniversary

25-Dec yang lalu adalah anniversary kami yang ke-5. Tak tau nak buat entry yang macam mana pasal anniversary ni. Beberapa hari sebelum anniversary, aku demam diikuti dengan Naufal. Sampai tak ingat yang lagi beberapa hari, detik 5 tahun akan sampai.

Sepatutnya 5 tahun adalah istimewa....sebab aku terbaca somewhere. If you managed to get through the first five years of your marriage, Insya Allah boleh kekal. Sebab 5 tahun pertama adalah sangat kritikal. Ia adalah masa untuk pasangan tu belajar mengenal antara satu sama lain. Sambil kenal, kena belajar untuk bertolak ansur antara satu sama lain. Pastu belajar untuk manage family, belajar untuk mesra dengan mertua dan ipar duai. It's a long 5 years for some....but smooth sailing for others.

As for us, macam biasalah. Ada naik dan turunnya. Alhamdulillah...Allah kurniakan kami kesabaran dan kematangan akal dan fikiran untuk manage rumah tangga (buat masa ni...dan harap sampai ke tua lah ye!)

Tahun ni encik nazir kerja on our anniversary (sedih!). Malamnya kami cuma celebrate makan kat Damai Seafood, Taman Perling. Dengan kehadiran cheeky Naufal, makan yang patutnya ala-ala romantik (konon!) tak menjadik pun. Hujan lebat pulak tu....

Layan gambar ajelah ye. We odered :

Udang Mongholia (sedap!)

Sup sayur campur (untuk Naufal kononnya)

Ayam masak lemon (tak berapa sedap)

Asparagus masak sos tiram (ok jugak)

Hasil lantakkan orang yang lapar-lapar belaka hari tu. Licin!

Lepas makan, ada sesi bergambar pulak. Tapi aku baru perasan takde gambar berdua dgn encik nazir. Alaaaa....kata anniversary, tapi kenapa gambar budak ni yang banyak? Isyyyy....

Baru pandai buat 'peace'...sampai juling-juling mata

Susah betul nak suruh budak ni dok diam masa bergambar

Rasanya hadiah anniversary kami yang terbaik adalah ini:

Our dream home.

Dah 90% siap. Dijangka Mach 2011 dah boleh pindah masuk, tapi nampak gaya macam boleh dapat lagi awal. Alhamdulillah.....syukur pada Allah atas kurniaanNya pada kami. Walaupun rumah kecik, tapi bersyukur sangat sebab finally we have a place to call HOME. Dan aku harap investment kami ni adalah tepat...

Pada kawan-kawan yang wish kat fb, terima kasih ya! And please....jangan tanya pasal tambah anak. Pada yang tak tau atau dah lupa...read here and here... ; )

7 comments:

Siti @ nurie said...

eleh...tu x nak berbesan ngn akulah tu x nak kasi tanya pasal anak..ha ha ha

ummi aka iem said...

hape anniversary kak. ..moga kekal hingga akhir hayat ..

lily azliyana @ mama zara said...

Happy Anniversary kak Yatie!!!!smoga kekal bahagia n gembira sentiasa ngan yg tersayang yek..nway, congrats utk umah baru akak..mesti eksited tgk umah dh nak siap kan..kat area mane akak beli umah tuh?

YatieJay said...

Siti,
Boleh aje berbesan. Naufal dgn Mia kan ada. Beza 4 bulan jek diaorg berdua...hehee....

iem,
Thank you.

Lily,
Thanks Lily. Akak beli kat area kulai, tak jauh dari rumah sekarang cuma lain taman perumahan. Kalau lily sampai tol kulai, bagitau akak. Tak sampai 5 minit akak dah sampai you.....

maya amir said...

beb..aku tak dpt nak tinggal komen kat blog ko kalau bukak kat opis..maka, terlambat nak komen entry ni..happy belated anniversary & happy new year friend.. aku doakan 2011 kite lebih sukses .. bukan dari segi career tapi dr serba serbi especially kite in person..ok bebeh...:))

Cinda... said...

epi belated eniberseri... kite pon lmbat wish.. sowey!!!

YatieJay said...

Maya,
Lambat lak aku reply komen ni. Nway, thanks!

Cinda,
Thanks....tak kisah lambat wish..