BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 16 October 2010

Farewell my friends ~ 15-Oct

Setelah menunggu dekat dua bulan, akhirnya hari yang ditunggu2 tiba jugak akhirnya. 15-Oct adalah hari terakhir aku kerja kat company X. Sedar tak sedar, 3 tahun jugak aku carik rezeki kat situ. Notis patutnya dua bulan, tapi aku pergi 1 week earlier sebab company yg baru ni nak aku masuk 18-Oct. Bermakna, no rest for me....terus je masuk kerja tempat baru.

Agak berat hati nak pergi, sebab replacement aku baru je seminggu masuk. Dia adalah zero experience dan zero knowledge dalam electronic industy dan jugak excel. Aku foresee dia akan menghadapi masalah yg sangat besar nanti. Benda basic pun dia tak tau.....apatah lagi yang lain2 berkaitan kerja. I did my best to teach her apa2 yg perlu dan penting. Memang impossible untuk ajar dia semuanya dalam masa seminggu. Bukan salah aku pun, notis dah diberi sejak hampir dua bulan lepas lagi. Kenapa boss melengahkan carik pengganti aku pun tak tau laaa....

Oh ya, sehari sebelum hari terakhir aku kat company x collegue aku sempat buat farewell lunch. Terima kasih banyak2 untuk lunch yang sangat sedap tu terutamanya untuk Linda, Nanie dan Kak Wiah (selalunya diaorg la yang suka arrange menda2 ni semua kalau ada antara geng kitaorg nak berhenti/bersalin dll). Antara gambar2 yang sempat diambil lepas makan hari tu...

Ni meja aku. Kat sini campur2 dari team lain (planner, buyer team top level dan jugak xerox (perema xerox ke?! Linda atau nanie tolong betulkan kalau salah)


Ni meja lagi satu. Mostly chinese kat sini tapi semua buyer dari team aku except the only malay tu planner. Replacement aku tu berdiri belah kiri sekali.....good luck to her! Hahahaaa....


Ni gambar masa nak balik ke opis lepas makan. Sempat lagi tu, walaupun jam dah tunjuk kul 2pm! Tapi dlm banyak2 gambar, aku paling suka yang ni....

Esoknya lak kitaorang lunch kat kedai mak nanie (aweks tudung coklat kat bawah ni). Suka makan kat situ, sebab masakan dia 'berasa' dan memang sedap! Tah bila lah lagi dapat makan kat situ...huhuuuu....

Gerai ni kat tepi sungai. Masa kitaorg makan ni, siap ada budak mandi manda kat sungai tu....best! Sambil makan sambil ditiup angin yang kekadang agak kuat, tapi best sebab rasa nyaman aje. Makanan sedap+suasana nyaman = kombinasi terhebat! Hahahaaa....

Sempat lagi bergambar kat depan bangunan opis!

Takde apa yang buruk aku rasa kerja kat situ. Semuanya masih bearable. Ye lah, mana pun kita kerja tetap akan ada pasang dan surutnya. Masalah kerja yg bizi, miscommunication dengan interdepartment, kena marah dengan boss....itu semua lumrah. So far, aku masih boleh terima lagi (wlpn ada kalanya menyumpah jugak, aku manusia normal apa!) sebab kalau nak compared company yg aku keja sebelum ni adalah berganda2 punca kuasa sepuluh teruknya.....serik bhai!

Ohhhh....saat2 nak balik adalah saat yang paling berat. Lagi 10 minit nak balik aku dah jumpa setiap kawan2 utk salam dan ucap goodbye. Tak lupa jugak kat boss, mintak maaf sebab takleh stay lagi seminggu macam dia mintak utk train org baru tu. Masa jumpa setiap orang tu, aku dah tahan2 rasa sedih. Last dengan grup aku yang berempat kat gambar atas tu. Masa salam air mata dah bergenang....tapi masih berjaya kawal. TAPI tiba kat si Linda, bila dia cakap aje "Kita sedih la kakkkkk....." sambil nangis, waaaahhhh....apa yang aku 'pertahankan' sejak dari kat opis tu semua tumpah! Rasa lega sangat dapat nangis, serius! Perit kerongkong menahan tangis....cewah.....

Nak buat macam mana, setiap orang ada arah tuju masing2 dalam hidup mereka. Life must go on, but surely we can still keep in touch! Harap kawan2 semua masih teruskan contact aku ye.....boleh melalui fb ataupun blog cikai ni.


p/s : Hopefully the grass IS greener on the other side! Don't know what to expect there.....

9 comments:

lily azliyana @ mama zara said...

Good luck keja tpt baru kak yatie..sy jek tk pernah ade pengalaman meninggalkan rakan2..asyik kena tinggal ngan rakan2 jek adelah..huhu

YatieJay said...

Lily,
Takpe...kalau semuanya selesa (environment, gaji etc) stay je dulu. Tempat keja baru ni, kita tak pasti mcm mana lagi. Kalau tak best nanti menyesal. Kes akak ni, rezeki datang bergolek takkan nak tolak kan? Best atau tak best company baru ni tak tau lagi...

maya amir said...

tu makan kat saujana kah? baru pegi smlm.. kawan photog arjoo bawak, budak tu budak ptp gak.. sblh ptp jek kan saujana tuh..eh ntah2 gmbr ko tu bukan kat saujana..melalut jek aku..heheh

ok2 beb.. all the best yeah.. ko WAJIBULGHUNAH contact aku dlm email tau... heheh.. jgn lupe daku..aku doakan sumenye baik2 kat sana nanti & harap2 ko leh stay lama & kalau boleh sampai pencen laa..hehehe...maknanya co tu mmg best giler laa tuh..heheh..

Siti @ nurie said...

he he eh..kak ti merasa gak farewell dan bergnti tmpt keje..ct lak, rasanyer farewell dan terus berneti//hik hik.hik..eh...hatta dah benti keje tau...ada cter best disebalik dia benti keje tu..

♥Hernee Nazir♥ said...

gud luck sis..kjeje kt mne skang?

izzwan said...

Good luck yatie..:)

YatieJay said...

Hernee,
Akak kat FMC gelang patah. Jumpa yok, masih dekat ni ; )

Izzwan,
Thanks!

YatieJay said...

Maya,
Ha'ah, kat saujana la tu....pergi waktu lunch. Dun worry, kita wajib akan contact2 mcm dulu cuma blm boleh start lagi. Maklumlah, tak biasa lagi dgn culture kat sana...

Siti,
Kesian Hatta....harap2 rezeki dia akan bertambah2 lepas keluar dari pacoil tu. Mcm2 ketidak adilan berlaku kat sana.

p/s : ajay tak naik gaji langsung tau! Alasan depa, sebab awal tahun ni dia dah dinaikkan banyak (masa dia kasik surat resign tu)

yusz said...

kite da 4 kali kot meninggalkan tmpt kerja lain2.. kalau kawan2 yg nangis, boleh handle lagi.. tp kalau BOSS yg nangis haa tu mmg kite xtahan, tepaksa laa nanges juga hhiihi..
slmt berjaya!