BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 6 October 2010

Allah itu Maha Adil

Raya kali ni aku berkesempatan jumpa beberapa kenalan yg tak sempat jumpa masa raya last year (gara2 keluar beraya secara all out during weekends). Biasalah, bila dah lama tak jumpa banyaklah menda dibualkan. Bila dah nak sampai ke penghujung raya ni, tetiba aku boleh flashback balik siapa dan apa yg aku bualkan sepanjang bulan ni. Agak menginsafkan jugak, memandangkan sekarang ni aku kerap suka 'mengeluh'.


Kawan A
Suami kerja best, gaji dekat RM6k, handsome lak tu
Isteri housewife, cantik dan slim (kawan aku lah ni)
Anak dah 3 (perempuan)
TAPI : Mereka nak sangat anak lelaki ...takde rezeki lagi

Kawan B
Hidup sangat-sangat sederhana
Malah kawan aku ada merungut, dia harap life dia lebih senang dari sekarang
Tak happy kerja, tapi terpaksa sebab gaji husband kecik nak support family
Anak ramai
TAPI : semua anak2 dia 'menjadi'. Belajar pandai, sangat manners, rajin tolong parents (baik anak pompuan, mahupun lelaki). Sejuuukkkk ati aku tengok anak2 dia!

Kawan C
Macam kawan A, suami dia kerja best
Koleksi gelang mas ala-ala citer mami jarum..heheee.. ----> motip nak bagitau ni?
Ada maid (yg kerjanya sangat relax ok!)
Kawan aku ni pun bekerja, sekadar utk isi masa lapang
TAPI : Dia takde anak, wlpn dah 10 tahun kawin. Katanya hidup dia sunyi, sebab tu dia keluar bekerja

Kawan D
Dok dengan parents
Kerja best, gaji best, keta best, koleksi kasut dan handbag best
Segala-galanya best la aku tengok dia tu!
TAPI : Dia bercinta dengan suami orang (berpangkat Dato' youuuuu...). Nak jumpa kena sembunyi2. Bila ajak kawin, lelaki tu akan cakap tak ready lagi nak bgtau wife dia. Dia sendiri tak tau sampai bila keadaan tu akan berlarutan. Nak mintak putus, sayang sgt kat lelaki tu. Kekadang dia rasa macam 'pompuan simpanan' lak (dia kata tau, bukan aku yg kata!)


Allah itu adil kan? Dia kasik lebih kat sini, tapi dia kurangkan kat sini pulak. Siapalah kita ni utk selalu mengeluh selalu....huhuuuu...

12 comments:

ibu_Arifa said...

betul tu kak yati..mungkin kekadang kita terlupa atau 'tak nampak' semua tu..sbb tu kita mengeluh kot...semunya mesti ada hikmah nya kan..

Syahida said...

yatie, bila jumpa kawan2 lama pastu buat sesi muhasabah macam ni memang bagus..mesti rasa syukuuuurrrr..Allah tu MAHA adil :-)

YatieJay said...

ibu_Arifa,
Betul tu..perancangan Allah mesti ada rahsia yg tersendiri. Dia lebih mengetahui.

Syahida,
Termuhasabah lak semalam (ni scheduled entry)! Patutnya kena buat selalu, tu yg Yatie ni kuat mengeluh skrg ni sebab kurang muhasabah....

lily azliyana @ mama zara said...

btol tu kak yatie..kite ni kurang muhasabah sbb tu cpt mengeluh..terasa diri serba kekurangan walhal mungkin org lain yg kite nmpak 'perfect' pon sbnrnya ade kekurangan dr sisi yg lain...kesimpulannye, kena sentiasa bersyukur ngan ape yg Allah beri utk kite kan..=)

Siti @ nurie said...

apa jelah kak ti ngeluhkn tu...mcm ct lak, zam keluhkan kwn2 dia semua dah lompt ke tmpt keje lain...tp dia luper dia ttp dan masih ada keje....ct lak, keluhkan org dok naik gaji mencanak2, tp ct lupa, ct masih ada gaji..hik hik..bolh tak?..ni kira muhasabah gakkan..he h ehe

YatieJay said...

Lily,
Mari kita muhasabah diri selalu! BTW, teringat lily pun pernah buat entry lebih kurang sama mcm ni dulu yg masa lily bandingkan diri dgn 2 lagi kawan baik.

Siti,
Tepat sekali! Satu lagi....keja kau dah sgt selesa kat situ. Pacoil lak flexible, nak buat kerja2 'pumping' pun senang, boss kau si anba bnyk leh tolak ansur, kul 5pm sharp2 kau dah boleh balik. Bestnyaaaaa......

Siti @ nurie said...

ni dah kes perli ke apa ni?>.aku terasa beb,,hua huahua;...mmg ctlah punctual balik kul 5 tau...ha ha ha

YatieJay said...

Bukan perli la siti! Betul apa, kau balik kul 5pm punctual. Akak jeles tau....

maya amir said...

beb.. baru dpt komen..huhu..(kat umah neh).. betul tu beb..aku pun kuat mengeluh..kekadang alpa..kekadang aku terdetik dlm hati, tapi aku biorkan ajek..sbb bile aku pikir byk2, aku jadik lagik sakit hati sedangkan perancangan Allah tu Maha Adil..sob..sob..aku takut kalaulaa Allah tarik balik sume nekmat yg aku dpt ..ghuhuhu...

YatieJay said...

Maya,
Yg terdetik2 kat hati tu kekadang syaitooonnnn...nak suruh kita jadi manusia yg tak bersyukur padaNya. Betul tak?

Emmy said...

kdg2 kita cuma nak luahkan rasa...bukan nak mengeluh...tak pe la...semua org ada bhgn masing2...insya allah bhgn kita pun allah taala akan bagi yg elok2...

♥Hernee Nazir♥ said...

btul la kak..Allah tu adil..Dia ade prancgn yg tsndiri..