BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 29 September 2010

Ular dalam toilet....for real!!

Sebelum aku bercerita dgn lebih lanjut, aku nak share salah satu ketakutan aku. Walaupun berisiko untuk diketawakan, takpelah...

Imaginasi aku tinggi. Kekadang benda tu remeh je pun, tapi thanks to my imagination ia boleh melarat2 dan buat aku sakit kepala (contoh : awal2 kawin dulu aku suka syak husb masih contact ex dia....ikut imaginasi aku yang dok pikir MACAM2, sampai jadik sakit kepala dan sedih tak tentu hala. Padahal - laki aku tu tak ingat pun no hp ex dia tu!).
Salah satu ketakutan aku ialah nak guna toilet - be it for bisnes besar atau kecik. Sebab imaginasi aku mengatakan ada tikus atau ular akan keluar dan gigit 'montot' aku yg gebu (bak kata opismate aku..heheee) ini! Encik nazir selalu ketawakan ke-nonsense-nan aku ni. Tapiiiiii....ketakutan aku ni telah diprovekan benar based on kejadian kat kilang tempat keja aku baru2 ni! Mula2 dengar rumors ada org jumpa ular dalam toilet. Hari ni dapat e-mail laporan yg diaorg buat rentetan dari kejadian ni. Aku C&P sat....korang baca :


"Pada jam 2140hrs saya terima panggilan dari Kpl 'xxx' di Gate 2 mengatakan Supervisor FGS 'yyy' melaporkan bahawa seorang pekerja dari FGS telah tenampak ular di tandas perempuan FGS.

Untuk mengesahkan saya berjumpa dengan pekerja tersebut yang bernama 'qqq -Tech'. Beliau menceritakan selepas beliau buang air lebih kurang jam 2130hrs beliau berdiri dan mengepam tandas tersebut.Semasa mengepam tandas, tiba-tiba keluar ular sebesar botol air mineral 500ml dari lubang tandas tersebut. Ular tersebut keluar sampai ke pintu tandas yang masih tertutup.Oleh kerana terlalu takut beliau menjerit dan memejamkan mata. selepas membuka mata semula ular tersebut sudah tiada. Kemungkinan masuk semula ke lubang tandas.

Saya meminta pertolongan Facility bertugas En.Zaman,En Norazan dan En.Zainuddin serta seorang anggota MMS En Atik untuk memeriksa tandas tersebut.Setelah hampir satu jam meninjau dan memeriksa di tempat kejadian tiada sebarang penemuan.

Sekian"


See...seeee.....ketakutan aku tidak baseless ok?! Persoalannya sekarang, kemanakah ular itu menghilang? Adakah mencarik lubang jamban lain utk bersembunyi? Selagi diaorg tak jumpa ular tu, selagi tu aku takmo guna toilet. Kalau dah tak tahan sangat baru aku guna - itupun dengan kadar segera!

Alamatnya kena sembelit + batu karanglah aku nantiiiiiiii.......

p/s : ular tak jumpa, tapi jumpa taring dia aje. Camne tu eh?!

8 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

uiks...btol kuar ular dr lubang tandas??sebelum ni tk pernah pon imaginasi smpai situ..n skang ni rasenye sayelah pengunjung setia toilet kat opis tuh..mane taknye, dok asyik nak terkucil jek skang..mintak2 tkdelah kejadian2 mcm ni berlaku kan..huhu

gmbar kat atas tu gmbar taring ular ke kak yati?

Syahida said...

eeeiiii...takutttt. camno ni yatie? buleh ke tahan?

YatieJay said...

Lily,
Ye...itu gambar taring ular. Dengar kata budak tu memang kena gigit. Tapi heran gak, mcm mana leh tertinggal gigi lak, kan?

Syahida,
Takleh tahaaaannn...Yatie ni jenis kuat minum air. Kalau kurang minum, mudah kena sakit kepala sebab dehydration. So, tawakkal ajelah setiap kali 'bisnes'!

maya amir said...

beb.. ko dan aku serupa..high imagination..ya ampun, aku pun slalu terpikir ade ular dlm mangkuk tandas.. and this is 2nd time aku dgr ular kuar dari mangkuk tandas.. ari tu, aku tgk kat youtube, and it happened in m'sia ok.. bomba kite kuarkan ular sawa gemukss giler.. sgt takutsss...huhu...

YatieJay said...

Maya,
Oooooohhh...meremang bulu romaku mendengar komenmu ini mayaaaaa....

Elyn Sani said...

erk ye ke?? dh la last week tgk video kat FB ular kuar dr lubang toilet.saiko tul la... menggeletar lutut ni!

btw i dh tukar link blog http://faizlyn.blogspot.com

YatieJay said...

Elyn,
Patutlah takleh bukak ur blog! Kena hack kah?!?

Emmy said...

boleh tak ini pun antara 'fear' saya? hahaha...sebab mmg ada tp sib baik setakat ni blum penah experience sendiri...tak mo....