BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 4 September 2010

Quick update ~ Random

Wahhh...mak bizi mengalahkan YB! Tengok2 last entry hujung bulan July yg lepas. Puasa pun dah nak sampai ke penghujungnya pun. Hybernation kali ni yg paling lama. Bila dah terlepas sebulan lebih, cara yang paling sesuai untuk start balik blogging adalah buat random entry....maklumlah, nak compile sebulan lebih punya cerita dalam satu entry mau muntah hijau orang baca sebab panjang sangat.

1. Awal puasa hari tu Naufal kena sakit HFMD. Mula2 keluar ulcer kat mulut. Bila gi paed, doktor tu siap tunjuk kat tekak pun ada. Banyak lak tu! Kesian sgt sebab Naufal tak nak minum air langsung. Apatah lagi makan. Dan berat badan dia turun 2kg dlm masa dua hari! Since paed dia ckp boleh kasik aiskrim utk legakan tekak dia, itujelah yg dia makan (tapi aku limitkan 2-3 mangkuk kecik aje sehari)

2. Bila dah kena HFMD dan kebetulan ada 2-3 budak lain pun ada kena jugak, aku terpaksa hantar naufal pergi umah BS lama dia. Naufal kena banned dari pergi sekolah selama seminggu. Tak lama pastu aku call cikgu, katanya ada beberapa budak lain pun dah kena. SIghhh....itulah kelemahan hantar anak kat taska....selalu sgt sakit.

3. Aku berjaya dapat kerja baru! Tempat yang aku nak sangat2 kerja dari dulu.....oil and gas industry. Banyak benefits, bonus yg masyuk....Alhamdulillah. Syukur pada Allah pada rezekiNya. Cuma yg tak best, timing masuk kerja pukul 7.30am....hwaaaaaaa!!!! Lagi awal dari yg sekarang ni. Tempat kerja area gelang patah jugak. Bermakna aku kena keluar lebih awal lagi. Takpelah, aku anggap ni 'kos melepas' utk bekerja tempat yg aku nak sangat ni.

4. Sepanjang bulan puasa ni aku cuma masak waktu sahur dan weekend saja. Balik kerja dah dekat pukul 6.30pm. Mana sempat nak masak, kan? Lepas berbuka aku dah mula siap2 utk masak sahur. Masakan untuk sahur biasanya simple2 aje....sardin, ikan bilis goreng dgn kicap dan bwg, telur dadar, ikan msk kicap.....cukuplah buat utk mengalas perut dan jugak mendapatkan keberkatan sahur.

5. Raya tahun ni giliran balik Penang....yayyyyy!!!! Walaupun planning balik penang hampir berkecai kerana beberapa sebab, tapi akhirnya dapat balik gak. Masa yg aku dapat tau kemungkinan tak dapat balik tu.....baru aku tau kenapa ada org menangis di hari raya. Yup, aku menangis....dan menangis sebab plan aku lari. Hanya puan Maya tempat aku mengadu. Thanks Maya for being there for me. Tapi rupa-rupanya ada sirna di hujung pelangi. Cewaaahhhh....aku dapat balik Penang jugak akhirnya.

6. Persiapan raya aku tahun ni sangat ala kadar. Kononnya nak simpan duit sikit2 utk persiapan pindah rumah baru next year...heheee....Dalam ala kadar tu ada gak pergi shopping sikit2. Mostly utk baju Naufal laaaa....Sangat serik keluar shopping bulan2 puasa ni. Bukan kerana letih, lapar atau dahaga. Tapi sebab nak mengharungi lautan manusia dan kereta. Bukan saja jammed kat kaunter, kat luar shopping complex lagi dah jammed utk ke tempat letak kereta. Semua org mcm akukah??!! Shopping last minute.

6. Aku sedih la dgn keadaan semasa ni. Tengok berita sedih....baca surat khabar sedih.....online pun sedih.....Kisah indon dengan taiknya, kisah bunuh sana-sini, kisah mak yg jenis teran anak pastu bungkus dan buang, kisah hubungan perkauman kat msia yg makin tak best ('terima kasih' puan pengetua sebab memburukkan lagi keadaan). Aku dapat e-mail menunjukkan print screen komen2 kat fb bangsa kita bergaduh dgn bangsa lain.....kata2 mereka semuanya menyakitkan hati. Aduh!!! takut aku memikirkan nasib anak2 kita di zaman akan datang....

7. Kata random....tapi panjang gak entry ni. Dasar pompuan suka menceceh!!! hahaaaa.....

Till then.... ; )

4 comments:

siti noriza saleh said...

hah cter pasal raya ni, mmg nekad dlm hati x nak wat persiapan raya...so, mmg x plan nak buat baju raya..cuma buatkn utk mia je sbb baju raya taun lpas dah x muat..ha ha ha...tp...tetiba nenek kasi kain ela pulak..aduh..dah nek keje ni, terpndng lak kiuh raya org jual..lglah...aduh...rmbt gak 2 3 jenis kuih raya...uwa....tp, byk beli baju utk bb ngn mia jelah...baru rasa cmner org yg sungguh2 nak beraya, tp x de kelngkapan nak beraya....

maya amir said...

beb..u'll always be there when i need you.. same goes to me dear.. so jadikkan aku punch bag mu:) heheh..ok2..selamat hari raya beb.. hati2 di jalan raya.. aku mintak maaf kalau ade tersalah bahasa ek..nanti dtg umah tau! raya thn lps, tak dpt dtg umah aku..hehehe..regards to your mom k:)

YatieJay said...

Siti,
Biasanya bila dah 'dewasa' ni, expecially bila dah ada anak2 kita memang akan melebihkan diaorg. Biar kita sendiri takde baju baru.....akak sepasang aje ni. Yg lelain pakai baju last year aje. Bukannya pakai selalu pun. Tak sesuai bwk ke opis coz bling-bling sangat!

Maya,
Oooo..mesti beraya umah kau sebab kau selalu masak sedap2 (2 tahun lepas adalah soto....yummy!). Tapi tak bermakna aku suruh kau masak kalau aku dtg tau....

Elyn Sani said...

mcm2 kisah...