BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 27 September 2010

Post-Hari Raya ~ Kemaruk lagi?

Saat entry ni ditulis, raya dah pun hari ke-18. Yup, dah dekat 3 minggu raya aku baru nak buat cerita raya. Tapi sorry, takde cerita raya on the raya day itself. No picture so no mood to 'story'. Pasal apa tah, boleh lupa nak amik gambar raya. Pastu ditambah dengan Naufal yg sangat notti, pergi beraya umah orang bikin hati aku panassss aje. Tak reti dok diam dan behave. Hmmmm....mungkin sebab letih dan mengantuk kot. Ataupun dia lebih selesa dok umah sendiri.

Tapi overall cuti raya hari tu berjalan dengan baik. Dapat jumpa dengan Tok Lang yang sangat2 resembles arwah tok aku dulu, buat aku teringaaaattt sangat kat dia. I missed Tok...and I cried when I saw Tok Lang that day. Tak dapat jumpa Tok, dapat jumpa Tok Lang pun jadik la :'(

Ohhh...ni entry post Hari Raya. Dekat tiga minggu beraya, memakai baju melayu + samping + songkok aku tengok Naufal macam suka pulak. Jumaat lepas taska dia buat majlis hari raya. Mintak bekalkan baju melayu lengkap utk budak2. Lepas mandi dan dipakaikan baju, sibuk cakap dengan cikgu "ni barju raya....ni baju raya...."...heheee....Semalam dah siap2 mandi pakai baju basahan dia mintak pakai samping dengan songkok lagi. Apa punya pesen daaa.... Pastu nak ikut aku pegi pasar pun nak pakai mcm ni. Tebiat?!


Alahai anakku! Bikin malu ummi aje...

Budak kemaruk nak pakai baju raya


Di tambah lak dengan obsesinya terhadap lagu Balik Kampung (Sudirman). Asyik mintak kita mainkan lagu tu aje. Kat mana aje especially kat dalam kereta dia paksa aku dan encik nazir nyanyi. Kekadang tu saja kitaorg buat2 salah lirik. Sempat lak ditegur "Ehhh...salah la!". Kalau kat umah, sibuk suruh aku bukak laptop sebab nak dengar lagu (aku download dari 4shared). Sampai nak bernanah telinga ni dengar! Yang tak tahan, sambil dengar sambil tepuk2 tangan dan hentak kaki. Gaya mesti ada....heheee....

Bunga api satu hal. Asal balik umah nenek (my mil) aje nak main bunga api. Kau ingat nenek kau tu kilang bunga api ke?! Sekali dua aje pun balik umah mil kitaorg bagi dia main bunga api. Dah nak habis raya pun masih mintak main bunga api. Tahun lepas penakut gila kat mercun dgn bunga api. Siap gigil2 kalau dengar bunyi mercun tu.....

Compared to last year, nampak tahun ni dia lebih 'menghayati' Hari Raya. Last year dia baru setahun lebih. Can't wait to see macam mana dia beraya next year pulak. Nampaknya Hari Raya kali ni lebih kepada 'untuk Naufal'. As for me and Nazir......mcm biasa aje.....As long as Naufal happy, itu sudah memadai utk kami.

Ni aje gambar2 yg sempat diambil sambil pakai baju raya. Itupun blur, sebab budak ni tak reti dok diam masa amik gambar. Yg kelakarnya (tapi sejuuuukkkk ati aku), bila dah siap pakai mcm ni, dia amik surah yassin dan dibukak sambil selawat dan berjalan keliling rumah....ala-ala macam tengah marhaban. Walaupun pelat tak paham sepatah apa, tapi lenggok 'lagu' tu kita boleh tangkap yg dia tengah marhaban.


4 comments:

maya amir said...

comel laa naufal.. dpt gak jumpe die smlm.. die baik laa yatie..tak nakal pun.. ihikss...*bajak*...kekekke

Lily@MamaZaraZareef said...

smartnye naufal berbaju melayu..comei jek die posing..hehehe

izzwan said...

comelnyer naufal..
lawakla..siap pakai sampin gi pasar

YatieJay said...

Maya,
Kau tak tau....malam tu gi beraya umah jiran sebelah dia punya buat perangai! Asyik nak cium baby aje (org tu baru habis pantang), pastu asyik nak bukak pintu bilik org tu aje (mentang2 layout umah sama agaknya). Last2 kitaorg beraya umah dia 20minit aje. Yg paling cepat so far....

Lily,
Hmmm...budak kemaruk pakai baju raya tu...

Che Wan,
Mana boleh gi pasar pakai samping. Sebelum turun kereta aku cabut dulu.....nanti org ngate aku lak! Hehee....