BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 1 April 2010

Naufal The Foreman

Last weekend kami balik kampung PIL....ala, tak sampai 20km dari rumah kami pun. Gitulah aktiviti hujung minggu kami kalau encik nazir tak kerja atau kerja malam. Seperti biasa, Naufal mestilah happy maklumlah ramai nak melayan dia. Tapi tak bermaksud aku boleh lepas tangan. Pantau tetap pantau....

Biasanya kalau balik umah PIL, aku akan biarkan Naufal explore keadaan sekeliling (again, sambil dipantau aku). Biarkan dia main kat halaman rumah, kekadang tu dia takmo pakai kasut pun aku biarkan aje. Bukan selalu pun! At least aku tau, halaman rumah in laws aku lebih bersih dari rumah aku sendiri. Maklumlah, kat area taman perumahan biasanya ada taik anjing laaa. Ada gak owner anjing yg biarkan pet diaorg ni berkeliaran sana sini. Risau gak aku nak lepaskan Naufal bermain depan rumah.

Berbalik kepada tajuk di atas. Sambil dia dok main dalam longkang (yes, aku biarkan jugak - kasik muka sikit) bapak dia lak dok tengok enjin kereta dengan adiknya. Tah dok bincang apa pasal problem enjin, malas aku nak amik port. Sedang diaorg leka godek2 enjin tu, si Naufal pun turut serta menyibuk. Sangat obvious ok, muka kepohnya tu! Pastu siap berkerut muka tu yg tak tahan...

"Naufal tolong babah dengan Uncle Alush ye tengok apa masalahnya"

"Hmmm...nampak mcm masalah besar ni!"

"Haaa....tu dia! Timing belt putus la babah. Meh Naufal sambungkan semula"

"Ok, keta dah ready. Naufal rasa keta ni kena 'letgo' ajelah...kita carik Caldina! Selesa sikit kalau kita balik Penang umah Tok Mama dan Tok Babah"


Aku dok perati aje apa dia nak buat. Memang budak baya ni, suka observe dan buat balik apa yg orang dewasa buat. Sebab tu kita nak kena selalu tengok dia, takut kalau2 dia buat perkara yg membahayakan keselamatan dia sendiri. Even kalau dok sibuk2 kenduri kendara, aku akan stop apa yang aku dok buat dan carik dia. Aku memang tak harap 100% kat orang lain untuk jaga dia, sebab diaorang pun mungkin ada benda lain nak buat. Senang kata - anak kita adalah tanggungjawab kita sendiri.

10 comments:

siti noriza saleh said...

peh..kete Caldina...x tahn!!! he he he....budak2 mmg mcm tu...suka benda yg baru...mcm mia, alih2 je hilang kalau kat umah atok nenek dia..alih2, tgok tgh kejar ayam itik org sebelah...

peh, naufal ada ciri2 minat pasal kete ni..nnti dah beso, buatkan kte acik jadi kete drift eh...he he

maya amir said...

perghh... caldina tu bebeh.. tu hint kat kiteorg, nak angkat caldina laa tuh..heheh
btw, muke die sejibik mcm nazir mase tgk keta tuh..heheh

YatieJay said...

Siti,
Memang nampak minat naufal mcm bapak dia - lebih kepada sukan permotoran.

Sib baik itik atok sedara naufal kat dlm reban dan berpagar, kalau tak mcm mia kot dia akan mengejar.

Maya,
Hint apanya...berangan je lebih! Asal nampak caldina jek terasa mcm "erection"...kahkahkahhhh....(lucah benor perumpamaan aku ni)

BabyIntan said...

Amboi naufal..."carik caldina"!

Boleh tahan ye choice keta pilihan dia...ekeke :D

maya amir said...

iyolaa tu yatie..erection ko tu buleh klimaks caldina sebijik..kahakhaka..lagik lucah.. (kepada blogger2 yg lain yg terbaca dialog ini, mintak maap..kami mmg gini..heheh)

Lily@MamaZaraZareef said...

bukan main penuh minat lagi die tgk enjin keta tu yek..lehla naufal belajar ngan ayah...nxt time keta rosak sng nak pomen sndirik..hihi

YatieJay said...

Intan,
Since makbapak dia tak mampu, harap2 dah besar nanti dia belikan utk kami...Amin! Heheheeee....

Maya,
Tah kau ni....tercalar la reputasi aku sebagai blogger "baik". Len kali nak cakap2 mcm tu kena bukak satu lagi blog khas mcm si Tiara tu.

Lily,
Boy memg lah minat keta, ye tak?!

CRAZYBEAUTIFUL88 said...

amboi kecik-kecik dah tunjuk bakat

Aku Bukan Bidadari said...

Boys will be boy kan kak?

siti noriza saleh said...

kitaorg berangan nak rembat wish...tp, disebbkan kekasih lamaku telah memakai wish dulu, buatkan hubby aku beralih arah...ha ha ha...( jeles sungguh...pdhal, kete wish tu bukan 1 kat dunia ni)...