BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 19 April 2010

Apa perasaanya bila kita buang anak?

(Amaran : entry ini diiringi beberapa gambar yg mungkin agak disturbing utk segelintir org)

Sejak kebelakangan ni makin kerap pulak cerita-cerita pasal baby kena buang. Makin lama makin menyedihkan. Dulu2 biasanya kita dengar baby2 ni akan dibuang kat depan rumah orang, kat surau, kat bus stop (asal boleh je diaorg ni). Tapi cerita2 kebelakangan ni baby dibuang kat dalam sungai, dalam tong sampah. Yang paling aku kesian yang dah kena makan dengan anjing tu....hina sangat ke baby tu sampai dijadikan makanan anjing?! Tak pikirlah diarog ni. Tau nak sedap aje...

Kejadian2 buang anak ni buat aku berimaginasi. Aku cuba berada dalam kasut mereka (direct translation lak - put myself in their shoes...heheee...). Beberapa persoalan menghantui diri aku antaranya masa mula2 dia tau dia pregnant apa perkara pertama yang dia fikirkan? Adakah dia pujuk lelaki yg buatkan dia pregnant tu untuk kawin? Atau dia terus buat keputusan untuk carry on dan buang baby tu bila dia lahir nanti? Atau adakah dia ada terfikir untuk gugurkan baby tu?

Persoalan seterusnya.....sepanjang pregnancy tersebut, especially the first three months adakah dia takde mengalami morning sickness, mengantuk dan keletihan melampau seperti orang lain? Macam mana dia boleh cover perut dia yg semakin lama semakin memboyot? Bukankah semua seluar dan baju akan menjadi tak muat? Kalau dia budak sekolah lagi lah terror....boleh ikut pelajaran PE tanpa cikgunya perasan? Lepas tu di akhir2 pregnancy biasanya kita akan kena crammed (simpul biawak), sakit pinggang, rasa tak selesa, sentiasa panas. Diaorg ni macam mana ye? Takkan boleh cover semuanya sampai 9 bulan?

Part yang paling best masa pregnant adalah apabila baby kita bergerak dan menendang perut. Malah kita tertunggu2 saat tu utk dishare bersama org terdekat especially husband. Kalau diaorang macam mana agaknya? Adakah dia rasa teruja dan happy bila baby tu menendang? Atau dia rasa rimas dan marah? Adakah dia ternanti2 kelahiran bayi yang dikandung tu? Teringin tak dia tengok muka baby yang dikandung tu?

Bila dah sarat sangat.....adakah dia dah mula fikirkan nak bersalin kat mana? Hospital mana? Atau belukar mana? Jamban mana?!

Cuba bayangkan masa contraction tu....apa perasaan mereka? Sedangkan kita ni, masa dah masuk labour room macam2 wayar dan alat dipasang kat perut dan tangan. Belum lagi kejap2 doktor datang menyeluk pekasam dan check BP. Semua tu ditemani sang suami. Diaorang lak bersendirian menghadapi semua tu. Dengan ketakutan dan kesakitan ditanggung seorang.

Mengikut pembacaan....seorang ibu berisiko menghadapi macam2 complication semasa mengandung apatah lagi masa nak bersalin! Tali pusat terbelit, uri kat bawah, cord prolapse, tumpah darah, uri terlekat takmo keluar....issshhhhh macam2 complication yang menyeramkan. Tapi macam mana mereka2 ni boleh bersalin dengan mudah? Semudah buang air besar kekdahnya?! Pandai pulak push baby tu keluar...sedangkan aku kena marah dengan doktor sebab salah timing dan salah cara push. Dan satu lagi persoalan.....tak koyak ke perineum?!

Kes terlalu mudah bersalin seolah2 nak buang air besar kot?

Bila baby tu dah selamat keluar, persoalan seterusnya baby tu hidup ke tak? Kalau dia hidup....diaorang terus buang baby tu hidup2 dalam sungai/tong sampah/semak atau diaorg bunuh dulu (part ni aku tak sampai hati nak bayangkan mcm mana caranya diaorg end the baby's life). Kering sangat ke hati diaorg ni masa dengar baby ni menangis? Menangis kesejukan dan mungkin kelaparan. Menangis yang secara instinct nya kita sebagai ibu akan cepat2 memeluk baby tu dan seterusnya menyusukan dia. Takkan tak ada sekelumit pun perasaan sayang pada anak yg diusung ke hulu ke hilir selama 9 bulan tu? Tak tersentuh ke hatinya bila tengok wajah baby tu?

Dia ingat baby ni sampah ke?

Buang baby macam buang sampah kat tepi jalan

Seriously....something must be done to end this! Sebagai parents dan jugak sebahagian dari masyarakat, marilah kita didik anak2 kita. Yang perempuan kita didik untuk menghargai dirinya...jangan mudah terpedaya dan menyerahkan diri pada the so called kekasih hati. Budak lelaki pun kita kena ajar supaya menghormati perempuan...kalau dia hormat perempuan, dia takkan gunakan perempuan utk lepaskan nafsunya semata2 dan tak nak bertanggungjawab.

Ya, pendidikan seks penting diajar kepada budak2. Kenapa ramai tak setuju? Bukannya nak ajar mereka cara2 nak *&^%%$%.....salah satu silabus pendidikan seks adalah kenali dan menghargai badan kita. Ajar mereka, untuk lakukan seks hanya apabila ada ikatan yang sah, because sex comes with responsibility!

Aku pernah terbaca kajian (tak ingat kat mana).....ada yang fikir, pertama kali melalukan seks tak boleh mengandung. Ada gak fikir, kalau tak lakukan penetrative sex....takkan boleh mengandung. Semua ni adalah kerana mereka tak dapat pendidikan seks!

Alasan mereka yang tak setuju pendidikan seks diajar kepada kanak2 sekolah adalah takut mereka akan salah gunakan pengetahuan dan menggalakkan lagi seks bebas. Hello?!?! Tak diajar pun dah teruk macam sekarang ni.....at least kalau kita ajar mereka akan lebih aware apa yang salah dan apa yg betul. Sekurang-kurangnya pengetahuan yang mereka dapat adalah dari sumber yang betul....bukan yang merapu dari internet.

Kalau ada yg baca entry ni kebetulan tengah mengalami situasi "nak buang anak ke tak nak"....TOLONG lah fikir banyak kali. Get help.....percayalah, ramai yang akan membantu adik! Ramai nakkan anak adik tu. Cuba fikirkan, mana tau satu hari nanti anak yang adik kandung tu bakal menjadi aset kepada agama, bangsa dan negara.....Berilah dia peluang hidup!


*attached pics are googled*

16 comments:

Mummy Dasy said...

tul ah kak... kite yg hasil secara halal ni bukan main susah bb nak kuar, diorg tgk dari cara cam senang jek bb tu kuar... tapi tu ah kesian kat bb yg x berdosa tu di buang sesuka ati...

BabyIntan said...

Ya Allah yatie! Sebak dada nie nak menangis tgk picca2 yg ada tu :(

Nie dah bukan hati kering...HATI SYAITAN!!! Astagfirullahalazhim, apa nak jd ngan manusia zaman la..."wake up" lah pada "betina" yg dok buat kerja2 lagu nie (sorry lah den tak leh gelar kan mereka2 nie pompuan apatah lg seorang ibu, they just don't deserve it at all!). Itu MANUSIA lah, baru lahir pulak tu...tergamak sungguh mereka nie semua ye.

Intan pon tak nak bygkan how they end the baby's life...sedih sgt. Kita dengar je bb lahir dan menangis, kita pon menangis sekali...nie depa...sanggup betul ye demi maksiat demi kekasih syaitan...sanggup lihat dan biar anak di buang dan di biarkan mati begitu aje.

Yatieeeee...sedihlah kita baca...uwaaa...dah lah mcm intan nie susah nak peknen. Kena buat treatment itulah inilah just to conceive but depa dah lah dpt senang pas tu di bunuh nya pulak :(

maya amir said...

kucing pun tau sayang anak kan yatie? aku pun pelik, depa ni bersalin senang plak..nape tak kene sakit blkg bagai mcm aku nih aaa..bodohhhhh tak bertamadun punye org.. aku berdoa, moga2 anak2 kite masa hadapan jgnlaa jadik mcm ni..risau gak weyhhh!

JaNnAh said...

akak, sgt disturbing, sampai berdenyut² kepala tgk posting akak ni, ngeri la..

Cinda... said...

huhuhu... sedih.. teringat kat org2 yg susah dapat anak tunggu sampai 9-10tahun..Pelbagai cara diorang cube x belum nampak hasilnye..Yg org senang dapat ni.. main buang2 cam sampah jek anak2 diorang..

kalo kat brite tu dengo org tu cakap baby yg dibuang tu dipercayai baby Melayu.. Rasa malu gile nak ngaku Melayu.. huhuhu..

YatieJay said...

Mummy Dasy,
Tulah pasal...senang mcm berak agaknya.

Intan,
Samalah kita...org yg susah nak pregnant lagi sakit hati dengar/tengok. Semoga anak2 kita tak terjebat kerja2 mcm ni di masa depan. Takut betul memikirkannya!

Maya,
Risau kan....anak kita lelaki pun nak kena didik dan jaga dia supaya menjadi manusia yg bertgjwb. Mintak dijaukan laaa...

Jannah,
Len laki baca sambil tutup mata...heheeee....kalau boleh la!

Cinda,
Memang melayu yg ramai. Tapi depa nak kena kaji dgn lebih mendalam....kat msia ni dah makin ramai pendatang, especially dari Indon. Minah2 indon ni pun galak semacam....kalau tengok berkepit tak kira bangsa. Mungkinkah salah satu penyumbang statistik adalah mereka jugak?!!!

YatieJay said...

Hohooo...banyak betul typo error utk reply aku kat atas ni.

CRAZYBEAUTIFUL88 said...

tak sampai ati akak nengok photo tu, tulah banyak betul kes orang buang anak sekarang nih

Syahida said...

ntah bila la senario buang bby ni nak abiss...sangat2 menyedihkan :-(

Aku Bukan Bidadari said...

kak, orang kata.. yg kalo mengandung cmnih kan.. tuhan permudahkan dia bersalin.. bila mudah dia x sakt, bila tak sakit dia x appreciated..entahlah ..

tapi kan manusia kalo dah senang nak dpt benda..kita tak hargai.

haihhh
sedey tgk kan?

Lily@MamaZaraZareef said...

mmg sedey bile dgr citer psl buang anak nih..diorang tkde psaan bersalah ke bunuh anak sndiri..n mmg pelik..slalunye mereka2 ni sgt2 dipermudahkan bersalin..mungkin Allah nk beri mereka kesedaran, tp malangnye akal dh ilang ke mane smpai snggup dicmpak anak tuh lps slamat dilahirkan..=(

ibu_Arifa said...

nak nangis!!!!

Cikpid said...

kak..
sy pon sering tertanye2 mcm akak..kite ni sakit sampai berbelas-belas jam dalam labour room..die leh senang-senang plak bersalin dlm toilet..lps bersalin terus buang pulak lepas tu..gigih btol..

my fren kawin dh lama..xde anak..
ni org ade anak buang-buang plak..sadis

♥ Che NamNam ♥ said...

OMG haku takleh tengok gambor-gambor tuhhh...dan maaf haku takleh nak bacer n3 nie...rase sesak napassssss bacer citer org buang anak nieee...tak psal-pasal kang tambah pulak dosa haku dok mencarutkan derang yang tak berguna tuhh...

siyesly haku sangat heran ngan org yang buang anak nih..haku beranakkan si Danial bagai nak tercabut nyawa ko..derang senang pulak bersalin dan senang2 jerk buangg...errrrrr sakitnyer hateyy.....

Elyn Sani said...

sedih nyer....

edane said...

i langsung tak leh tengok pic tuh.. air mata laju jer mengalir! Jahatnya manusia...! mereka tak kan tenang samapai ke bila-bila.. dan satu masa Tuhan akan balas perbuatan mereka ini...