BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 29 July 2009

Pencuri!

Minggu ni encik husband keja malam. Rasa risau dan tak lena tido.

Jiran aku dua minggu lepas ada org nak masuk rumah dia. Ni attempt yg ke-3 dalam masa setahun ni. Kesemuanya dilakukan siang hari. Kali pertama siap masuk dan curik barang kemas, duit bagai....kali kedua cuma capai henpon yg kebetulan letak kat tepi tingkap. Kali ke-3 gagal masuk, cuma berjaya kopek tingkap aje. Aku heran gak, apasal asyik rumah dia je yg jadik target. Bukan besar dan canggih mana pun.....heheheee....

Disebabkan "trend" pencurik tu hanya di siang hari aku tak berapa risau sangat sebab rumah kitaorg ni hanya seminggu je takde org dari pagi sampai petang. Selebihnya encik husband keja petang atau malam....

Tapi sejak 4 tahun aku menyewa rumah ni, minggu lepas baru dengar cerita pencuri cuba pecah masuk rumah org waktu malam. Modus operandinya, masuk melalui rumah kosong kat sebelah, pastu naik ikut bumbung utk ke sebelah rumah....

Sib baik penghuni rumah terjaga sebab dengar bunyi gergaji. Cepat2 dia call RELA yg jaga area rumah kitaorg tu (sebulan bayar RM10 je!).. Bila dia org sampai, pencurik tu dah blah. Jiran aku yg kena ni, selang 3 rumah je dari rumah aku. Masalahnya, betul2 sebelah rumah aku juga adalah rumah kosong....

Memang patut kan aku risau?!

Kalaulah satu hari kena kat rumah kitaorg (mintak simpang!), apa yg patut aku buat? Kalau diaorg dah masuk rumah camne lak? Haruskah aku simpan senjata kat bawah katil just in case? Nak call encik husband mesti dia amik masa utk balik walaupun tempat keja dia cuma 5 minit je perjalanan. Mcm2 boleh berlaku dalam masa 5 minit!

Korang pernah terpikir tak situasi mcm ni?!

Risau la......

Sunday 26 July 2009

Lawatan Sambil Belajar ~ Zoo Johor

Ni cerita 2 minggu lepas...


Aku perasan, kalau aku bukak channel Animal Planet Naufal suka sangat tengok binatang2 yg ditunjukkan. Leka sangat dia tengok. Kalau ada adegan kejar mengejar singa dengan mangsanya dia lak yg terjerit2 sambil tunjuk2 tv. Bila sang singa akhirnya berjaya membaham mangsa, pastu naufal macam sedih. Dia gi kat aku, sambil sembamkan mukanya...Budak besar ni dah pandai rasa kesian/takut ke?

Pastu kalau gi taman / jenjalan kat luar rumah, dia tunjukkan minat pada burung yg aku tunjuk, kucing atau anjing yg lalu kat depan dia....even cicak yg dok bersidai kat siling rumah (kalau nampak cicak siap dia buat bunyik cicak mcm cicak man tu!)

Disebabkan minat yg ditunjukkan tu lah my husb and I bersepakat nak bawak dia go Zoo Johor. Wlpn ramai sangat kata takyah....tak bnyk sangat binatang dan kurang menarik. Tapi aku rasa tak rugi kalau gi, sekadar mengisi masa lapang di hujung minggu.

Entrance fee RM2/seorg dewasa. Dengan nilai itu, takkan kita nak expect dalamnya mcm Zoo Negara kan? Tapi bagi aku ok lah jugak. Pengunjung di hari sabtu tersebut pun agak ramai (tapi tak sesak). One point to remember, kalau anak dah boleh jalan takyah la bawak stroller. Keadaan di sana tidak mesra stroller. Tak pasal2 aku kena usung bawak naik turun tangga...

Naufal happy gila tengok binatang2 kat situ. Dia sangat amazed tengok Si Belalai.....sampai takmo berganjak dari situ.....Mungkin sebab gajah tu sangat besar di matanya.

Pastu bila nampak Pak Belang tak semena mena Naufal boleh buat bunyi "Awwmmmm"....Aku dgn husb terkejut gila....Tau lak dia bunyik rimau mcm tu, sebab kitaorang tak pernah ajar dia.


Gambar diambil dari website Zoo Negara


Punyalah dia suka tengok binatang2 tu, setiap kali kitaorg bergerak dari satu kandang nak ke kandang lain Naufal akan cakap "BYE" siap flying kiss lagi! Tak kira lah gajah ke, rusa ke, monyet ke.....semuanya dapat "hadiah" dari Naufal.....Heheheeee....

Tapi disebabkan kecuaian ummi Naufal, trip ke zoo ni terpaksa berlalu tanpa sesi bergambar gara2 tak beli bateri baru......Bila dah sampai sana baru perasan, kebetulan lak kat dalam tu takde kedai......haisssyyyyy....ruginya!


p/s : oh ya.....semalam Naufal nampak binatang kat bawah ni....pastu dengan confidentnya dia buat bunyi "awwwmmmm"....apekah kerana stripes nya sama dengan pak belang?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.












Tag dari Siti

Dah lama tak update blog....gara2 sibuk dan sakit "M"....kesian rumah ni dah bersarang....

Sebenarnya ada beberapa entry tertangguh tapi tak sempat nak publish sbb otak jammed...takde idea nak susun ayat.

Barulah aku teringat ada "hutang" tag.....So, here goes...


1. Anda rasa anda hot?

Tak pernah...takkan dan tak mungkin hot. Especially sekarang ni. Berat makin naik, usaha nak diet asyik gagal gara2 tak tahan godaan makanan.



2. Upload gambar kegemaran anda.

Gambar ni diambil kat office, masa zaman2 keja balik sharp 5.30pm tanpa ada keja pending menanti keesokannya (owwhh...I missed those days!). Masih ada masa berposing dan buang masa sana sini. Lagi dua org tu collegues aku, adik2 lagi....

3.Kenapa anda suke gambar ini?

Gambar kat atas ni bukanlah kegemaran sangat rasanya. Tapi disebabkan lately ni aku asyik mimpi aku pregnant / beranak, rasa rindu lak saat2 preggy dulu. Ni antara a few pics yg aku ada masa aku pregnant sbb masa tu aku tak berapa suka amik gambo lantaran rasa "besar" dan tidak fotogenik. Sekarang baru rasa nyesal.


4. Bila kali terakhir anda makan pizza?

Last month rasanya, hubby belanja sebab 1st day bayar puasa. Katanya "at last, ayg dah mula ganti puasa"..sebabnya dari bulan April lagi aku kata nak mula ganti puasa tapi asyik tertangguh aje.

5. Lagu terakhir yg anda dengar?


Bukan terakhir...tapi sedang dengar sekarang ni ~ Menjaga Hati dari Yovie & Nuno (love that song!)...boleh dengar berulang kali tanpa jemu...

6. Apa yg anda sedang anda buat selain selesaikan tag ini?

Nothing...cuma tengah pikir, awatlah perut aku rasa pedih je...rupanya dah hampir 2.30am! Last makan pukul 6pm tadi....

7.Selain dari nama anda sendiri,anda suka dipanggil dengan nama apa?

Ummi....semestinya dari mulut Naufal! Tapi no matter how hard I teach him, sampai sekarang dia tak pandai lagi sebut. Asyik keluar Maaa je....lagi teruk dari tu pernah gak keluar "umma" dan jugak "amma"!!! Ayoyoyooooo.....

8. Tag lagi 6 org dengan hati yg terbuka tanpa rasa kekesalan. Sila lakukan kalau tak kena denda mandatori

Errr...memandangakan ini tag lama.....aku rasa mostly dah buat tapi aku namakan gak lah..
.

Ibu_arifa

Intan

Tiara

Linda


Yusz

Lily Azliyana

* Siapa No.1 kepada anda?
Antara blogger friends terawal aku kenal. Rajin sangat masuk contest dan anaknya Arifa pernah dapat 1st place untuk "Baby Cute Contest"! Sebab Arifa memang cute pun ; )

* Bagaimana pula dengan no.4?
Opismate aku....kat gambo di atas yg pakai baju hijau. Kalau keja sambil pakai earphone dengar lagu....nak panggil dia takleh dari jauh, buat perabih suara jek sbb dia takkan dengar....

*Kata sesuatu tentang no.5
Opismate gak...tapi blog dia hampeh, sbb takleh tinggal komen (Yusz, do something bout it!). Anaknya Faiq sangat TEMBAM dan menggiurkan...rasa mcm nak geget2 je....wish I can meet him in real life...asyik dengar citer dari mulut maknya dan tengok kat blog je....

*Bagaimana pula dengan no.3?
Aku kenal dia melalui blog dia yg pasal Ayra (anaknya yg sangat comel). Tapi blog dia yg lagi satu, which is lebih sesweeiii utk bacaan org dewasa pun sangat "informatif" dan menghiburkan....Kau memang 'direct selling' lah Tiara...tabik kat kau!

*Siapakah org no.2?
Intan ni kira mcm 'celebrity blogger' utk aku....mana taknya, Arissa pernah jadik cover girl (or should I say cover baby?) utk majalah Pa & Ma bulan Mei 2009. Bulan ni lak keluar kat ruangan Permata Hati...laris gitewwww......mcm goreng pisang panas! Dan Arissa memang sangat gebussssss!!!!

*Bagi pesanan utk org yg no.6
Sayang Zara dari aunty Yatie....jangan tambah koleksi "telur" kat dahi tau....nanti saham jatuh! Heheeee....


Phewwww...selesai satu hutang!

Saturday 18 July 2009

My Little Green Eyed Monster

Me and naufal
(Recycle gambo lama)

Babah and Naufal
(gambo lama gak)


Sedari kecik, naufal memang rapat dengan babah dia. Org kata kalau anak lelaki biasanya dia akan rapat dgn mak...tapi naufal tak. Aku pun lagi suka dia rapat dengan encik husband sebab sama2 lelaki, kalau nak gurau kasar2 pun takpe...Naufal pun lebih enjoy kalau main2 dgn husb.

Tapi bila tiba bab nak susu, ngantuk dan sakit....barulah naufal lebih suka dengan aku. Kiranya kawan semasa gembira utk naufal adalah babah dan kawan semasa berduka atau rasa tak best adalh ummi (boleh pulakkk)

Apa yg buat aku tergerak nak buat entry pasal naufal cemburu ni sebab beberapa kejadian yg berlaku sebelum ni.

Kejadian 1
Satu malam tu kitaorg tengah tengok tv, naufal lak sibut main dengan toys dia. Sedang kusyuk2 tengok tv sambil aku peluk husb (sila jangan muntah....alaaa...bukan selalu pun dapat mcm ni....kalau tak memasing sibuk susah nak loving2 mcm ni), tiba2 aku rasa sakit kena tarik rambut. Bila aku pandang atas (kita org tengok tv sambil baring) naufal tengah tersengih sambil tarik rambut aku suruh jauh2 dari babah dia. Dia tarik rambut aku sambil jerit haaaaaa...... tak cukup dengan tu dia gi kat babah dia pastu ditepuk2 muka husb...Terkejut ada, kelakar pun ada. Tak sangka budak sekecik ni dah pandai jeles.

Kejadian 2
Kalau husb keja malam atau weekend, kebiasaan sebelum husb gi keja aku akan tunggu kat depan pintu sambil bye2 dia...sebelum tu aku akan salam dan cium pipi husb. Dan husb lak akan peluk aku (againnn....sila jgn muntah). Sedang dia peluk, dia bisik kat telinga aku "naufal datang".....apa lagi aku pun 'bakar' la naufal sambil cakap "Sayangggggg babah......." Dari jauh naufal terkedek2 sambil tersengih dan jerit haaaaa....Sampai kat kitaorg dia tolak aku dari babah dia...pastu dia lak peluk kaki husb. Hampes betul! Tapi pandai lak pastu dia gi kat aku, dan peluk kaki aku pulak. Mungkin dia tau aku agak kecik ati...heheee.....Pandai anak ummi bodek ummi balik...takut tak dapat susu la tu...heheee...

Errr...cukuplah dua kejadian ye...

Anak korang rapat dengan siapa?


p/s :Tapi yg bagusnya, kalau aku atau husb pegang budak atau baby lain dia tak jeles lak....Tak mcm sesetengah budak dia akan nangis kalau mak atau bapak dia pegang budak lain. Aku siap cakap "ummi ada baby lain", tapi naufal buat dekkkk je. Dia lebih sibukkan nak cium baby tu....Eh, jap...jap....naufal nak adikkah?!!?!

---> pic credit to photo-kita

Saturday 11 July 2009

Dah Sedia Kawin Ke?

(Gambar BUKAN sekadar hiasan)
Jangan salah anggap. Ini bukan pengantin yg dah boyot!
~Amik kesempatan bergambar di pelamin adik~

Last Sunday aku berkesempatan tengok 3R kat TV3. Topic hari tu ialah pasal kesediaan seseorg utk berkahwin.....Mulalah aku ingat masa aku nak kawin dulu....heheheeee...

Aku ni dikira kategori kawin lambat. Jodoh yg agak liat....27++ baru nak kawin. Member2 baik aku majoritinya dah kawin dan ada anak. Siap ada yg dah tambah anak tapi aku masih terhegeh2 nak fikir warna tema majlis, bunga telur, mak andam.....nak carik umah sewa baru, beli perabut2 basic, cuba2 beramas mesra dengan bakal family in laws etc.....

Bila akhirnya sang kekasih (cewah!) ajak kawin....sebenarnya aku tak bersedia lagi. Walaupun secretly aku memg harap nak mengakhiri zaman bujang cepat2 sebab dah bosan org asyik bertanya aje. Kenapa aku kata aku tak bersedia (wlpn dah gediks nak kawin)?

1. Aku tak pandai urus rumah tangga...memasak, mengemas dll....

2. Aku masih suka rasa "bebas"...bebas ke mana2 dan bebas buat keputusan tanpa mintak pendapat atau izin seseorang...So aku takut kebebasan itu hilang selepas kawin

3. Bila dah kawin kita mesti ingat anak. Aku takut tak pandai handle/urus baby kecik....[tang ni Allah betul2 kasik aku masa yg lama utk bersedia sepenuhnya]

4. TAKUT MAK MERTUA dan tak bersedia nak bahagi masa dan menjadik sebahagian dari FIL

5. Aku rasa masih tak kenal BF aku masa tu sepenuhnya. Buatnya dia berubah dan sangat lari dari expectations aku camne? Takleh nak cancel2 dah lepas kawin...hehee...

6. Sikap panas baran aku

7. Dan lagi....dan lagi...dan lagi..... (syaitan memg tak suka kita ni berkahwin kan, so dia cipta mcm2 keraguan dalam hati ni)

(owhhh...belum dikira lagi dugaan2 yg datang last minit yg buat aku nak cancel aje semuanya!)

Tepi setelah difikir habis2........hati aku kuat mengatakan dia jodoh aku. I was willing to take the risk. Walaupun aku rasa agak tak bersedia ketika tu, aku tau keputusan aku tu betul. And I was right! 3 tahun setengah berlalu, aku tak menyesal walau sesaat pun bersuamikan sidia....Walaupun perjalanan yg dilalui tak selalunya smooth dan best....Walaupun antara kami sangat opposite dari segala segi....

So, kalau rasa dah sampai masanya nak kawin jangan ada perasaan doubt (dah sedia ke blm ni?!). Just go on.....Masa akan adjust balik perasaan tu... ; )

Kenapa aku buat entry sebegini rupa? Entah la ye.....

Masih mengharap....

Hampir tiga minggu berlalu....aku masih mengharapkan kerja kat office makin surut. Kekadang aku paksa diri OT dengan harapan dapat setelkan keja (dah kawin + ada anak OT adalah beban, masa single dulu suka buat OT sbb dapat extra income).

Tapi aku tengok takde improvements pun.....Balik rumah kekadang aku cuma dapat jumpa naufal 2jam aje, pastu dia dah ngantuk nak tido...Esok pagi celik2 mata je dah hantar umah BS lagi sekali. Rindunya kat anakkkkk......(bapaknya kalau tak jumpa 2-3 hari leh tahan rindu lagi...heheee...)

Cepatlah surut tsunami keja.......AMIN!