BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 26 February 2009

Uratku yang putus

Orang kata, setiap kali seorg pompuan melahirkan anak, ada certain urat akan putus. So ,hari ni aku nak menceritakan pasal teori urat putus ni yg terjadi kat atas diri aku.....

Aku rasa urat utama yg putus adalah "urat memory" (ada ke?!!). Lately ni memang ketara sangat sindrom lupa kat diri ni. Ni aku senaraikan mana yg aku bole ingat :


1. Aku terlock pintu tapi kat tangan aku bukan kunci rumah tapi kunci moto Mr Hubby. Nasib baik pintu pagar rumah dah bukak dan kunci kereta ada dalam handbag. So, aku boleh ambik kunci rumah kat Mr Hubby yg tempat kerjanya 5 minit aje dari rumah.....selamat la kali ni.......Lain kali mungkin aku tak bernasib baik mcm ni. Mungkin kunci keta dan rumah ada kat dlm, pastu pintu gate masih berkunci...haruskah aku memanjat pagar nanti?!!

2. Kejadian ni berlaku semalam. Masa kat dalam keta, aku terduduk atas wallet (tapi tak rasa lantaran "lemak" yg berlebihan) pastu aku tercarik2 mcm nak rak..sambil mulut ni membebel2. Takut gak kalau2 tertinggal kat klinik tadi....Agak2 peluh sejuk aku dah keluar barulah Mr Hubby bukak mulut bagitau "ada kat bawah b*ntot ayang tu....saja tak nak bagitau dulu. Biar dia kelam kabut sikit". Rupa2nya nak tunggu sampai aku panik....

3. Terlupa yang aku masukkan kunci umah dalam handbag...pastu sibuk mencari2 kunci keliling rumah....Siap boleh jadik issue dan masam muka dgn Mr Hubby...Rupa2nya aku yg lupa kunci tu kat dalam handbag (malam tu aku senyap2 letak kunci tu kat bawah bantal kat ruang tamu...pastu tuduh Naufal buat main kunci tu..heheee....sorry Naufal, ummi nak cover malu laaa...)

4. Kat office, kekadang aku call org, sementara nak tunggu dia pick up, aku boleh lupa siapa yang aku call....bila dia angkat, aku dengar suara baru ingat siapa....cehhh....

5. Dah berapa kali aku masak lupa nak boh garam......kalau sayur tu kekadang boleh cover dgn sos tiram.....tapi kalau sambal tumis? asam pedas? kari? Nak cover line punya pasal, bagi tau nak jaga kesihatan...heheee.....

6. Lastly yang paling teruk sekali masa aku LUPA NAK MASAK.......

So in conclusion, aku rasa urat aku memang ada putus...and lots of it! Ada kat mana2 pakar saraf bole tolong sambungkan balik tak...hehee....

Tuesday 24 February 2009

Tag ~ My first born

Hari ni nak settlekan lagi satu Tag dari Siti....About my first born...


1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
Nope...selama 1 1/2 tahun mencuba at last "sangkut" tanpa diduga

2. WERE YOU MARRIED AT THE TIME?
Of cozzzzzzzzzzz....

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
Terkejut dulu, pastu terharu pastu happy giler....dua-tiga hari pastu legaaaa..... (terlalu bnyk air mata tumpah nak tunggu kedatangan Naufal ni....)

4. HOW OLD WERE YOU?
29+ (mak aku dah anak 3 masa umur ni!)

5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
Doktor bagitau....lepas buat urine test kat klinik. Gi klinik sebab dah seminggu asyik tak lalu makan aje...macam masuk angin. Ingatkan gastrik...heheee....

6. WHO DID YOU TELL FIRST?
My mom. Hubby tau sama2 dgn aku masa jumpa doktor.....

7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
Not really....dah cukup bersyukur aku pegnen gak akhirnya...hahaaa....

8. DUE DATE?
20 April 2008 - Puteri Specialist
12 April 2008 - Government

9. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
Yes....verryyyy the sicknesss.....siap berkampung kat depan pintu toilet...


10. WHAT DID YOU CRAVE?
a) Kenny Rogers (masa ni tak tau dah pegnen...cuma ni je aku lalu nak makan masa tu)
b) Telur ikan (ni tak jumpa...lepas aku bersalin merata2 telur ini dijual...very ironic!)
c) Cempedak goreng (petang nak bersalin tu tetiba aku teringin ni, tp bukan musimnya)

11. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
Bau hubby, especially lepas dia balik keja....kesian dia.....tapi sampai sekarang dia tak tau...takut dia kecik ati....

12. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?
Boboy...

13. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX OF WHAT YOU WERE GETTING?
Nope....I'm just grateful that he is healthy and sempurna....

14. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
8 kg (lost 3kg the first trimester tho)

15. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
takder...tapi MIL org jawa...so buat lenggang perut....bukan goyang inul tau!!!!

16. WAS IT A SURPRISE OR DID YOU KNOW?
- Tiada kaitan -

17. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
Masalah jantung...kena berulang ke HSA every 2 weeks start 8mnth+. But nothing serious...Cuma kena put under observations for 5 days after delivery....

18. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
HSA, JB

19. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
5 long and painful hours!

20. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
Mr Hubby....dalam hujan lebat dan banjir di Kulai! Mencabar sungguh...

21. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
Mr Hubby, Doc and nurses

22. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
Alhamdulillah..natural birth.

23. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
Gas...sedut tak hingat...sampai mamai dan high.....hahahaaa....

24. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?
2.7kg

25. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN?
25 March 2008
(both Puteri dan government's predictions were wrong....cepat hampir 3 minggu)

26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?
Initially - Muhammad Naufal Darwisy but Mr Hubby changed it at the last minute kat Pejabat Pendaftaran....he left out the Darwisy...Until now he regrets it....

27. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?
11 months tomorrow


Pasni nak tag Yusz dan my new friend ibuarifa (kalau blum buat laaa...).....Linda takleh lagi...tak masuk club lagi.....

Thursday 19 February 2009

I'm a bad wife!

Malam semalam rasa bersalah gila!!!!!

Biasanya balik kerja lepas mandi2 aku akan layan Naufal sampai dia tertido...biasanya by 9.30pm dia dah keletihan dan tertido. Tapi semalam tah mcm mana kul 8pm dia dah belayar dulu....aku pun mengambil kesempatan tu utk buat kerja rumah sikit....lipat baju yg tertunggak sejak 3 hari...potong2 carrot, potato, sayur utk persiapan bubur Naufal esok pagi2...iron baju keja aku dan hubby utk mggu ni...

Sedar tak sedar jam dah pukul 11.30pm...hubby pun balik..yeyyy..yeyyy....

Soalan pertama dia tanya, "Ayg masak apa hari ni?!"

Oppppsssss..aku terkedu sebab AKU TAK MASAK!!!!

(Aku memang jarang masak during weekdays yang hubby kerja malam atau petang sebab biasanya sampai rumah dari office dah lebih kurang 7.30pm...by that time memang dah flat sangat. Kalau dia kerja pagi baru aku akan masak coz dia akan tolong sama.)

Tah mcm mana aku boleh terlupa yg aku janji nak masak hari ni (masa kat office terasa mcm kurang letih sbb tak bnyk kerja sgt..tu yg berani janji). Si Mr Hubby ni punya bersemangat nak makan masakan aku yg jarang2 dapat dia rasa during weekdays, telah menahan dirinya dari makan kat kantin kilang takut nanti dah kekenyangan...walaupun dia tengah lapor gila masa tu....rupa2nya bini dia yang terchenta ni tak masak....arrrrrggghhhhh....kesiannya!!!!!

Last2 aku buatkan dia megi aje...tu pun mata aku dah bergenang2 sebab rasa bersalah yg amat...

Maafkan ayang abang...I'm such a bad wife!

Wednesday 18 February 2009

Precious experience ~ breastfeeding

I've been blog hopping for the past two days...mostly reading on fellow blogger's experience on breastfeeding. I managed to BF Naufal for 6months and it was the most memorable experience ever.....No words can describe the joy and satisfactions knowing that your own son is drinking your own milk and is getting the best....

Unfortunately, niat murni aku nak cuba BF Naufal until at least he turns 1 year terbantut disebabkan kurang pembacaan dan maklumat ditambah lagi menggunakan pump yang tak berapa bagus.....Tapi aku tetap berterima kasih kat member aku, Maya sebab membuka mata aku tentang kebaikan BF ni...banyak tips dia bagi kat aku, kalau takde encouragement dan tips2 dari dia mungkin aku stop setakat 2bulan aje....Takut gak kalau2 dia fed-up melayan sms aku yang hampir setiap hari tu....

Aku hampir2 stop BF terus masa Naufal 1bln sebab dia punya jaundice tak turun2 (prolong) dan doktor suspect sebab aku fully BF...ada ke patut....tapi thanks to Rita Rahayu atas nasihat dan guide dia aku teruskan gak walaupun terpaksa dengar bebelan orang sekeliling....eh, anak aku..aku punya suka laa..heheee....

Aku hanya jumpa website susuibu bila stock susu aku dah merudum gila akibat terlalu banyak kerja kat office. Kebetulan balik dari maternity leave aku diassigned satu projek baru yg need my full commitment sampaikan nakgi toilet pun susah inikan pulak nak carik masa utk pumping session. Itupun aku korbankan masa lunch jadik 15minit aje sebab nak gunakan balance lunch time tu utk pump kat shower room (kesian kan....tapi terpaksa coz takde tmpt lain). By the time aku balik rumah sakitnya yang amaaaaaaaaaaattttt...tak sabar nak jumpa Naufal...frust sangat kalau Naufal takmo sebab dah kekenyangan. Tapi kesian lak kalau dia punya let down reflex laju giler macam empangan pecah...heheeee..

Kalau nak tulis kenangan2 sepanjang aku BF Naufal selama 6 bulan memang banyak...tapi aku jeles kalau dengar ada org tu boleh BF sampai anak dia 2 tahun...lagi jeles kalau dia berjaya tandem nursing....salute lah!

Takpe, kalau ada rezeki dapat anak yg second I will try to equip myself with as much info as possible pasal the art of BF ni (ni kira art tau!).

Pastu aku nak beli pump yang bagus...supaya possibilities kejayaan akan menjadik lebih tinggi..

Pastu aku nak carik BS atau nursery yang support BF supaya mudah untuk aku dapat cooperation dari segi penyediaan susu..bukan apa, ramai yg kata nak handle EBM ni leceh....

Pastu aku nak kuatkan minda dan hati aku dari mendengar orang2 mengcondemn ibu2 yg BF ni.....

Yang paling penting, aku kena pastikan yang aku kena betul2 bersedia dari segi minda dan fizikal untuk menghadapi pregnancy (mestilah kena pregnant dulu baru bole fikir BF kan??!!), dan mestilah ada keyakinan yang percubaan kali kedua akan lebih berjaya.....It's all in your mind.....

Tag ~ Siti

Aku ada hutang 3 Tags...tak berkesempatan nak selesaikan..lagipun aku takde lagi org yg nak difrwd tag tu...heheee....Tapi makin lama makin bertambah lak...rasa macam assignments yg tak berkesudahan....

Procrastinations.....tabiat yg takleh dibuang sejak dari dulu lagi.....

Hari ni aku cuba settlekan satu dulu ~ Forwarded by Siti

5 THINGS:-
5 things found in my bag

(aku listkan uncommon things ok)
Resit2 lama - buat nyemak je
Sudu plastik (standby untuk Naufal kalau makan kat mana2)
Strepsils
Minyak Cap Kapak
Loose change - dapat terus campak masuk beg..hehee...

5 things found in my wallet
IC
Lesen
Duit - awal bulan bnyk, hujung bulan skettt...
Cards - ATM, Credit, Member Cards (Toy's R US, Baiboo, Miki Club)
Gambo Mr Hubby

5 favourite things in my room
(sebenarnya more to necessity not favourite)
Kipas
Naufal's Cot
Gerobok/Almari baju
Katil
Side Table+Lampu tido

5 things I’ve always wanted to do
Jadik h/wife tapi dapat income lebat
Nak sambung master
Nak backpack secara solo ke NZ
Bungee Jump
Gi Haji..or at leat buat umrah..

5 things I’m currently into
(lebih kurang macam siti gak)
Blogging
Surfing the net
Thinking how to earn more
Baking (during long shut-downs)
Teaching Naufal simple words in english


5 person yang nak tag
(tak cukup org nak tag...huhuu..)
Linda je....

Monday 16 February 2009

Superwoman ~ Alicia Keys

I love this song! Very inspirational....whenever I feel really down and just want to hear something that can pick me up I will listen to this song.....

I dedicate this song to all supermummies out there....Semoga pengorbanan kita untuk suami, anak2 dan keluarga diberkati Allah....

(malas nak berblogging hari ni....banyak kerja so aku post lagu aje lah..heheee...)

Everywhere I'm turning
Nothing seems complete
I stand up and I'm searching
For the better part of me
I hang my head from sorrow
state of humanity
I wear it on my shoulder
Gotta find the strength in me

Cause I am a Superwoman
Yes I am
Yes she is
Even when I'm a mess
I still put a vest
With an "S" on my chest
Oh, yes
I'm a Superwoman...

For all the mothers fighting
For better days to come
And all my women, all my women sitting here trying
To come home before the sun
And all my sisters
Coming together
Say yes I will
Yes I can

Cause I am as Superwoman
Yes I am
Yes she is
Even when I'm a mess
I still put on a vest
With an "S" on my chest
Oh yes
I'm a Superwoman...

When I'm breaking down
And I can't be found
And I start to get weak
Cause no one knows
Me underneath these clothes
But I can fly
We can fly, oh...

Info Sharing ~ Ear Infections

Found this article on the net about ear infections on babies. Rupa2nya common...Just want to share the info......

Friday 13 February 2009

Alkisah Babysitter

Hari ni nak bercerita pasal BS Naufal. Ni merupakan BS kedua, start jaga Naufal masa dia 6mt+. Memula tu macam nak test2 aje sebab dia pun kata dah lama tak jaga budak, harapkan anak pompuan dia yang baru habis belajar tolong jagakan sekali sementara nak tunggu dia dapat kerja. Sedar tak sedar dah 4 bulan dia jaga Naufal.

So far aku puas hati, nampak gaya anak2 dia sangat2 sayang kat Naufal. Masa aku cuti seminggu hari tu siap datang rumah nak amik Naufal sebab rindu sangat. Masalahnya ada a few things yang buat aku rasa "kureennnggg" sikit. Tapi biarlah ni aku cerita lain masa...sekarang ni takde idea nak bercerita...

Yang aku nak cerita ni pasal masa bawak Naufal berurut aku terperasan ada satu long scratch kat kaki dia....kalau diamati macam bekas kena cakar kucing. Kebetulan lak kat umah BS ni ada seekor "suspect"...anak kucing belaan anak BS ni.....Tapi esoknya masa hantar Naufal mcm biasa, aku tak bertanya sebab kelam kabut nak gi kerja.....Masa balik makcik ni boleh bertanya balik kat aku " calar ni bila kena? masa pergi klinik hari tu ye?"...ehhh...bukan aku ke yang patut bertanya kat dia dulu? Seingat aku, hari yg pergi klinik yang aku half day hari tu takde apa2 kesan calar kat kaki dia....

Walaupun hati ini ada sedikit tidak puas...aku jawab "entah lah cik ye....saya pun tak perasan. Ala, Naufal pun dah lasak sekarang ni...", pastu aku cakap terima kasih dan blah balik.....

Dulu pun pernah jadik gak, dahi Naufal yang sedikit jendul itu (ikut ummi dia..hehee..) ada lebam dan bengkak kebiruan....Masa memula nampak tu berderau gak darah ni...mesti terhantuk kuat kalau tak takkan boleh terkesan macam tu sekali, kan? Tapi aku diamkan aje. Balik rumah lepas hubby tengok dia bising suruh tanya makcik tu...Aku ni sebenarnya serba salah kalau nak bertanya2 ni...takut BS kecik ati, maklumlah orang tua....

Esoknya masa ambik Naufal aku cakap "Lebam ni mesti sebab Naufal nakal kan...maklumlah, tengah lasak....(ayat yang lebih kurang!)". BS boleh jawab camni "makcik baru nak tanya yatie, dia ada terhantuk ke kat rumah semalam?!??!".....aku lak,".................." (blur+blank jap sebab kena "serang" dulu). Last2 aku tersengih aje......dan jawab "mungkin koootttt..."

Aku tak sabar nak tunggu Naufal pandai bercakap. Macam2 aku nak tanya dia....

Thursday 12 February 2009

Mak Mon

Lepas maghrib semalam aku bawak Naufal gi urut kat Bukit Batu, dengan Mak Mon yang urut aku dulu.....which lepas urut next month-nya aku dapat Naufal (dengan izin Allah yang pastinya)...heheee.....

Alhamdulillah...after 3-4 days of sleepless nights malam semalam Naufal tido dengan nyenyaknya..bangun untuk minum susu aje.....Menurut Mak Mon, ada biji angin kat leher dia yang buat urat leher dia tegang....dia kata sebab banyak menjerit (memang pun!) tapi aku rasa kesan daripada sakit telinga hari tu....

Nampaknya aku dan Naufal serasi dengan Mak Mon ni....tapi sayang betul, sebab dia kata dah tak nak mengurut orang cuma kalau ada orang datang rumah mintak tolong dia akan cuba tolong urutkan. Ni semua gara2 dia kena "warning" oleh tukang2 urut lain sampai dia jatuh sakit. Mana taknya, ramai orang pergi jumpa dia walaupun kat kampung diaorg sendiri dah ada tukang urut...Bila dapat tau kat tukang urut yg "sana" tu, sakit la ati dia.....mungkin sebab tu dia takleh keluar mengurut kalau tak dia akan jatuh sakit....kesian kan? Ni lah dia orang Melayu, takleh nampak orang lain lebih sikit dari dia.....PHD tinggi sangat....tak percaya dengan rezeki ke?!

Wednesday 11 February 2009

Sakit Telinga

Hari ni terpaksa ambik half day despite a lot of work dekat office ni.....Ni semua gara2 Naufal asyik nangis je malam semalam...badan dia lak kejap demam kejap baik...

Since Saturday dia dah mula nangis2 je. Dia punya menangis sampai hilang suara...panik aku dibuatnya... Naufal ni seorang baby yang sangat baik...jarang2 nangis unless keadaan betul2 memerlukan untuk dia nangis...Malamnya tido lak tak nyenyak...asyik gelisah dan merengek aje....

Pagi2 Ahad sebelum mandikan dia aku ingat nak bersihkan telinga dia dulu.....tengok2 kat telinga kiri dia keluar cecair kuning2 macam wax telinga tu.....banyak lak tu....rupa2nya sakit telinga, patut lah smlm nangis aje.......kesiannnn dia.......nyesal lak malamnya marah2 dia suruh dia tido.......

Yang buat aku risau ni, demam dia kejap datang pastu hilang.....malam nanti demam balik....Aku ni dah la fobia kalau dia kena demam..takut kejadian dulu berulang semula.....sebab doktor pernah kata, once baby dah pernah kena sawan tarik, dia mudah akan kena semula walaupun temperature dia tak jejak 39°C.....Dah la hubby kerja malam this week......

Tuesday 10 February 2009

Gawat

Hari ni aku dengar cerita company ni ada shut down lagi end of March. Part of me is feeling angry and sad but the other part of me am looking forward this shutdown (prefer to call it "s*it down" heheee...)

Looking at the positive side :

1. Boleh spend masa yang lebih dengan Naufal
2. Boleh masak dan cuba pelbagai resepi baru (Ti, nanti mintak resepi2 best eh....?!)
3. Boleh kemas rumah...until spanking clean!
4. Boleh gi EPF office, bank dan urusan2 lain yang takleh buat masa kerja
5. Boleh gi dating dengan hubby...tinggalkan Naufal kat umah BS!
6. Yang pastinya kalau s*it down tu lebih dari seminggu, aku nak balik Penang..huhuuu....

Tapi sepatutnya aktiviti2 aku sepanjang hari tak bekerja tu tak melibatkan kos....baru boleh jimat sikit memandangkan pastu gaji dapat sket je......(sedih balik....)

Monday 9 February 2009

Template Baru Yang Terakhir

Tengok blog orang lain cantik2 je....aku punya tak siap2....kejap2 bertukar.....Nak war2kan kat orang pasal blog aku ni pun tak kesampaian lagi. Posting makin lama makin bertambah tapi takde sorang member pun diberitahu sebabnya konon2 nak tunggu sampai blog ni dah betul2 siap dan sempurna......ceh.....

Takpelah, harap2 yang ni boleh bertahan lebih dari seminggu...

Friday 6 February 2009

Heroes

Aku suka sangat tengok citer Heroes....Season 3 habis 2 minggu lepas, tak sabar nak tunggu next season....

Kalaulah aku diberi pilihan mempunyai kuasa salah seorang dari watak citer tu aku nak kuasa

1. Hiro Nakamura (boleh mengembara ke masa depan dan balik ke zaman dulu + hentikan
masa).

Kenapa?
Aku teringin sangat nak tengok macam mana aku 10 tahun akan datang, berjaya ke atau masih di takuk sekarang? Pastu aku nak balik ke zaman dulu, especially 10 tahun lepas dan membetulkan banyak perkara yang aku rasa aku patut betulkan yang akak membuatkan life aku mungkin lebih best sekarang ni. Bukan bermakna life aku tak best skrg ni, cuma mungkin keja aku lebih bagus.......mungkin aku dapat sambung Master dan tentunya aku nak mulakan bisnes internet sebelum Irfan Khairy...heheeee.... (cakap pasal IK ni, siapa nak terfikir dia boleh jadik jutawan hanya dengan menjual peta malaysia kat internet!?!!?)

2. Sylar (ability terbaru masa season 3 ni, jadik lie detector)

Kenapa?
Aku rasa zaman sekarang ni terlalu ramai penipu. Tengok ajelah politik semasa kat Malaysia ni, sampai dah tak tau mana satu yang betul mana yang salah.....Kalau aku dapat ability ni aku nak balik ke tahun 2007, pastu aku nak tanya pada Mr GM, KLTan dan Syuhada (mampos lah kalau diaorg tau aku mention nama diaorang kat sini) angkara siapa sebenarnya menganiaya aku sampai aku kena resign dari kilang busuk tu.....gggrrrrrr!!!!! Sakit ati aku ni, rasanya takkan boleh hilang....Masalahnya kat kilang busuk tu terlalu ramai org yg takleh dipercayai.....(sori siti...heheee...hubby aku pun carik rezeki kat situ)

3. Abang Peter - lupa nama (the ability to fly like a rocket!)

Kenapa?
Mestilah sebab senang nak balik Penang tanpa perlu driving atau naik bus/flight! Heheeee...Sekali balik Penang aku perlukan dalam RM400++ untuk toll dan minyak...itu belum kira nak jalan2 lagi, nak beli buah pala untuk mereka2 yang memesan kat johor nih....siggghhhh...

Wednesday 4 February 2009

Dilema Noly

Aku kesian kat adik aku ni.....sejak bersalin hari tu hari2 dia menangis memendam rasa pada husband and FIL dia.......

Mana taknya, sehari lepas bersalin dia dengar cerita yg MIL dia bising2 kenapa takleh tahan lama sikit supaya dapat bersalin normal...ni tak pasal2 anak dia kena bayar lebih sebab nak tanggung cost operation (yang jejak RM7k!). Apa MIL dia tu tak pikir ke.....cakap macam tak pernah beranak lak...In fact, Noly dah cuba bertahan bila doktor tanya whether dia nak operate atau tak.....3 jam menunggu bukaan 8cm aje....siapa yg boleh tahan? Cakap senang laaaa....

To make things worse, husband dia lak tak support dia. Lagi mengungkit ada la....siap mintak adik aku ni share bill hospital. Adik aku tu nak bayor guna apa, dah tentu dia tak keja....husband dia gak yang tak bagi keja.....

Tengah pening2 memikirkan pasal bill hospital, tup2 husband dia beli keta baru!??!! Tu takpe lagi...dia beli tanpa berbincang dengan adik aku ni....sedangkan diarog dah ada kereta kancil (adik aku punya tapi husband dia sambung bayar since adik aku dah berhenti kerja). Beli MPV lak tu....dulu pernah berura2 nak beli Persona.....tapi ni dah jadik lain lak. Adik aku kata mungkin dia termakan kata2 parents dia suruh beli MPV so that kalau diaorg datang Melaka senang dan selesa sikit nak bawak diaorg berjalan. Bil hospital berkira, beli keta ok lak???!!!

Tak paham lah aku dengan FIL adik aku ni.....

Membuatkan aku bersyukur sangat dapat mak mertua dan FIL yang sangat cool dan baik.....tapi aku yang tak reti nak appreciate....heheeee....

Aku harap sangat adik aku ni boleh bertahan dan sabar dengan dugaan hidup berumah tangga ni....Baru je sambut 1st anniversary, dah mcm2 dugaan dia kena hadapi.....

Monday 2 February 2009

Noor Faqiehah Is Born




Alhamdulillah....adik aku selamat melahirkan baby girl dia on 30-Jan setelah overdue hampir 2 weeks. Baby dia ni macam syok lak dok lama2 dlm perut mak dia....Dah la overdue 2 minggu, pastu hampir dua hari lepas keluar tanda baru nak keluar, itupun kena operate.

Kesian kat adik aku tu....dengar cerita dah dok kat labour room since 9am, doctor expect baby keluar before Maghrib tapi bila bukaan cecah 8cm.....it remained like that for 3 hours! Kepala baby pulak tak nak engaged, at least kalau dah turun elok doktor boleh forsep or vacuum....

Memang dah ditakdirkan dia bersalin secara operation agaknya. Mudah-mudahan lepas ni anak dia tak banyak karenah sangat nak jaga...kesian kat mak dia nanti.....
Noticed the bruises on her face? Ni kerja doktor...tah macam mana dia keluarkan baby ni sampai bruised macam tu, kalau takleh hilang naya jeeee.......

Anyway, welcome to our family Noor Faqiehah! Semoga jadik anak yang solehah dan membanggakan family...........